Kereta Kena Langgar, Abang Ni Rileks Je Siap Sambung Nyanyi Lagu Raya

kereta kena langgar

Kereta Kena Langgar, Abang Ni Rileks Je Siap Sambung Nyanyi Lagu Raya

Secara kebiasaannya, apa-apa yang melibatkan kerosakan pada kereta, kita tidak sesekali akan berkompromi kepada sesiapa pun. Hal ini disebabkan, kos penyelenggaraan kereta yang agak mahal serta meninggalkan ‘kecacatan’ pada aset kesayangan pengguna.

Maka, pihak yang meninggalkan kerosakan pada kenderaan biasanya akan dimarahi dan malah ditujah dengan kata-kata yang berbaur kasar.

Sampai ada yang mungkin membuka langkah, untuk bergaduh dengan menggunakan kudrat fizikal.

Namun, berbeza dengan reaksi seorang pengguna jalan raya yang dipercayai hendak pulang ke kampung halaman bersempena sambutan Aidilfitri.

Dalam video TikTok yang dimuatnaik menerusi akaun Kiwan Videog (khairul_ikhwan96)  memaparkan kenderaan yang dinaiki ‘disondol’ dari belakang ketika dalam perjalanan di atas jalan raya.

Kereta kena langgar

@khairul_ikhwan96

Replying to @Loy 🖤 Walaupun ujian mendatang, kita tetap kena santai 🤣

♬ original sound – Kiwan Videog – Kiwan Videog

Berdasarkan tarikh pada paparan kamera papan pemuka (dashcam) terbabit, kejadian tersebut berlaku sekitar 8.30 malam, Rabu (19 April 2023).

Manakala, berdasarkan bacaan koordinat pada paparan terbabit, lokasi insiden tersebut dipercayai berlaku sekitar Ipoh.

Sebelum insiden tersebut, Ikhwan didapati sedang dalam perjalanan untuk pulang ke kampung halaman. Paparan klip video tersebut menunjukkan kenderaan di atas jalan raya sedang bergerak dalam kadar yang perlahan, dipercayai terperangkap dalam kesesakan sempena pulang beraya.

Bagi melayani perasaan dan menghidupkan suasana Aidilfitri yang bakal berkunjung tiba, lelaki itu menghiburkan dirinya dengan menyanyikan lagu-lagu raya.

Antara lagi raya yang dinyanyikan adalah Suasana Hari Raya, nyanyian Anuar Zain and Ellina.

Ketika ‘tengah syok’ menyanyi lagu raya, tiba-tiba kereta dilanggar dari belakang

Malang tidak berbau, pemandu di belakang kereta Ikhwan berkemungkinan mengalami keletihan setelah terperangkap dalam kesesakan tersebut dan terlanggar kereta Ikhwan.

Bunyi perlanggaran kecil tersebut masih dapat didengari menerusi video dashcam terbabit. Selepas dilanggar, Ikhwan bertanyakan soalan berkenaan apa yang berlaku.

“Eh, kena langgar ke?”

Ketika situasi tersebut, pemuda tersebut turut berceloteh dan berteka teki atas tindakan pemandu kereta yang melanggarnya.

“Kalau kena langgar, kenapa dia tak turun? Kot nak turun, nak mai minta maaf ke? Takkan aku pula yang kena minta maaf dekat dia?”

Biasanya insiden seperti ini akan dipanjangkan bagi menentukan siapa yang betul atau salah.

Namun, tindakan Ikhwan ini disifatkan ‘melanggar hukum alam’, persis komen para warga maya.

Dia secara spontan, meneruskan sesi ‘karaoke’ lagu rayanya dengan penuh santai

Dalam monolognya, Ikhwan turut mempersoalkan sama ada, lirik lagu yang dinyanyikan itu betul ataupun salah.

“Insan ke kita? Entahlah, lupa,”

Tindakannya itu telah menghiburkan para warga maya, yang rata-rata kagum akan kesabaran yang dimilikinya.

kereta dilanggar sambung lagu raya
Kredit: TikTok

BACA: Serba Salah Balik Raya Lepas Suami Tiada, Reaksi Keluarga Mentua Ini Buat Penonton Berair Mata

Sumber: khairul_ikhwan96 via TikTok

The post Kereta Kena Langgar, Abang Ni Rileks Je Siap Sambung Nyanyi Lagu Raya appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*