Tular Video Salad Udang ‘Menari’ Dimakan Ketika Masih Hidup, Ini Respons Dr Zulkifli

salad udang menari

Tular Video Salad Udang ‘Menari’ Dimakan Ketika Masih Hidup, Ini Respons Dr Zulkifli

Dalam banyak-banyak makanan laut, antara yang paling diminati ramai ialah sotong, ketam dan juga udang kerana ia mudah didapati di negara ini.

Sesetengah orang ada yang lebih suka untuk makan secara mentah selain dijadikan hidangan seperti masak lemak, sambal, cili dan sebagainya.

Pun begitu, adalah lebih baik sekiranya mempunyai ilmu dan pengetahuan mengenai makanan sebelum memakan makanan mentah.

Baru-baru ini, tular di media sosial berhubung makanan di Thailand yang dikenali sebagai Goong Ten atau Dancing Shrimp Salad.

Makanan tersebut dijual oleh peniaga di kaki lima di Thailand, di mana udang yang masih hidup dijadikan sebagai bahan utama dalam hidangan itu.

Hidangan tersebut hanya memerlukan beberapa bahan seperti cili hiris, ketumbar, limau nipis dan lain-lain untuk memberi rasa yang segar.

Bagaimanapun makanan tersebut mencetuskan pelbagai tanda tanya dalam kalangan masyarakat khususnya mereka yang beragama Islam.

Hukum makanan salad udang menari

Gambar: Tangkap layar video tular

Susulan itu, seorang pemuda di Twitter, bertanya kepada mantan Mufti Wilayah Persekutuan Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengenai hukum memakan haiwan hidup itu.

Salam @drzul_albakri, kalau macam ini halal ke untuk dimakan? Lama dah curious nak tahu,” tanya lelaki itu.

Tidak lama selepas itu, Dr. Zulkifli menjawab dengan mengatakan hukum makan haiwan tersebut adalah makruh mengikut mazhab Syafie.

“Makruh di sisi mazhab Syafie. Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 9/73.

“Ini seperti menyeksakan,” jelasnya pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika memberi jawapan kepada pertanyaan lelaki terbabit.

BACA: Minat Sungguh Dengan Ikan Mentah, Adik Ni Siap Bawa Tidur Macam Bantal Peluk

Kerap makan daging mentah, cacing pita sepanjang dua meter keluar dari badan

Sebelum ini, media melaporkan cacing pita ditemui di dalam perut seorang lelaki di Thailand yang kerap makan daging mentah.

Dia yang merupakan seorang pencinta tegar daging lembu mentah telah menjadikan sajian itu sebagai makanan kegemarannya sejak tiga tahun lalu.

Salah satu hidangan kegemarannya ialah hirisan daging lembu mentah yang digandingkan dengan sos pencicah pedas Thai iaitu Soi Ju (ซอยจุ๊).

Sumber: @drzul_albakri/Twitter

The post Tular Video Salad Udang ‘Menari’ Dimakan Ketika Masih Hidup, Ini Respons Dr Zulkifli appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*