Perkampungan Mirip Konoha Dalam Animasi Naruto Ada Di Indonesia?

Perkampungan mirip Konoha Indonesia

Perkampungan Mirip Konoha Dalam Animasi Naruto Ada Di Indonesia?

Satu video yang memaparkan sebuah kampung yang mirip seperti Konoha dalam siri animasi Naruto tular di media sosial Indonesia.

Konoha dalam siri animasi itu digambarkan sebagai sebuah perkampungan yang dikelilingi oleh bukit-bakau tinggi dan ukiran muka pemimpin kampung tersebut.

Berdasarkan perkongsian itu, perkampungan mirip Konoha itu dikatakan berada di Lembah Harau, Sumatera Barat, Indonesia.

Memetik Kompas, muat naik video perkongsian itu telah dilakukan oleh seorang pengguna TikTok yang menggunakan nama @palyanrizali.

Menerusi video itu lagi, perkampungan itu terbentang luas dengan sawah padi yang menghijau dikelilingi dengan bukit tinggi yang seolah melindungi kampung tersebut.

Kredit TikTok

Selain sawah padi, muat naik video itu juga menunjukkan terdapat beberapa rumah berada di lembah tersebut.

Kedudukan invidu yang merakam video muat naik tersebut seakan-akan sedang berada di atas bukit yang terletak ukiran pemimpin di Konoha tersebut.

Kredit TikTok
Kredit TikTok

Muat naik video itu kemudiannya dengan pantas telah mendapat perhatian pengguna media sosial tersebut. Mereka juga sempat meninggalkan komen mereka berkenaan video tersebut.

BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Bukti nyata bahawa Indonesia adalah Konoha,” tulis seorang netizen yang bergurau.

“Ini Konoha sebelum membangun,” tulis seorang lagi netizen.

The real Konoha,” tambah seorang lagi.

Penjelasan pemilik akaun tersebut

Pemilik video itu mengsahkan bahawa video tersebut adalah pemandangan bagi kawasan Lembah Harau, Kabupaten Limapuluh Koto.

“Ya video itu saya ambil di Lembah Harau,” katanya kepada Kompas pada Jumaat lalu.

Menurutnya, video itu dikatakan telah dirakam pada 23 Disember 2022 dan masih banyak koleksi video berkaitan Lembah Harau masih belum dimuat naik di media sosial.

Kredit Wikimedia Commons

“Masih banyak lagi video yang saya belum muat naik,” katanya lagi.

Difahamkan, Lembah Harau adalah merupakan lembah subur yang terletak di Kecamatan Harau, Kabupaten, provinsi Sumatera Barat.

Lembah Harau terletak kira-kira 138km dari Padang dan 47km dari Bukit Tinggi serta 2km dari pusat pemerintahan Kabupaten Limapuluh Kota.

Selain itu, Lembah Harau juga dikatakan dikelilingi oleh batu-batu curam dengan ketinggian 100 hingga 500 meter tinggi.

Lembah Harau dikelilingi oleh beberapa bukit yang dikenali sebagai Bukit Air Putih, Bukit Jambu, Bukit Singkarak dan Bukit Tarantang.

Dalam pada itu, Lembah Harau juga dikatakan terdapat banyak kawasan tarikan pelancong dari air terjun, kolam renang hingga ke tarikan pelancong kontemporari.

@palyanrizali

Nih kampung konoha😎

♬ Always – 𝐏𝐌𝐕

Sumber: Kompas.com, TikTok/@palyanrizali

The post Perkampungan Mirip Konoha Dalam Animasi Naruto Ada Di Indonesia? appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*