Pembekal Belum Maklum Punca Ketiadaan Diesel Di Stesen Petronas Sarawak – KPDN

kpdn sarawak diesel petronas

Pembekal Belum Maklum Punca Ketiadaan Diesel Di Stesen Petronas Sarawak – KPDN

KUCHING, 26 Dis (Bernama) — Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak masih belum menerima sebarang makluman daripada pembekal diesel berhubung terputusnya bekalan bahan api berkenaan di stesen minyak milik Petronas di negeri itu.

KPDN Sarawak dalam kenyataan berkata mereka masih lagi menunggu kenyataan rasmi daripada pihak Petronas Dagangan Berhad berhubung isu bekalan yang berlaku hampir di kesemua stesen minyak milik Petronas di Sabah dan Sarawak.

“Pengguna juga disarankan untuk mendapatkan bekalan minyak diesel di stesen minyak Shell atau Petros (syarikat minyak dan gas milik Sarawak) yang berhampiran,” menurut kenyataan itu.

Kementerian itu memberi jaminan akan sentiasa membuat pemeriksaan dan pemantauan ke atas semua stesen minyak dan meminta orang ramai untuk melaporkan kepada mereka sebarang kegiatan penyelewengan bahan api bersubsidi tersebut.

Laporan boleh dibuat menerusi laman e-aduan.kpdn.gov.my, whatsapp 019-2794317 @ 019-8488000 (Aduan Pengguna) atau talian hotline 1-800-886-800.

Semalam Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen dilaporkan berkata kekurangan bekalan diesel bersubsidi di negeri itu telah berlaku sejak dua minggu lepas.

Katanya kegiatan tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang menggunakan diesel bersubsidi untuk tujuan industri telah menyebabkan kuota untuk kegunaan orang ramai di negeri itu tidak mencukupi.

BACA: Menarik, Lelaki Buta Sejak Lahir Kongsi Gambaran Warna Yang Difahaminya

Sumber: Bernama

The post Pembekal Belum Maklum Punca Ketiadaan Diesel Di Stesen Petronas Sarawak – KPDN appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*