Gempa Bumi: Turkiye Keluar Waran Tangkap 130 Individu Terlibat Pembinaan Bangunan Musnah

waran tangkap gempa bumi turkiye

Gempa Bumi: Turkiye Keluar Waran Tangkap 130 Individu Terlibat Pembinaan Bangunan Musnah

Pihak berkuasa Turkiye dilapor mengeluarkan waran tangkap ke atas 130 individu yang disyaki terlibat dalam pembinaan bangunan yang runtuh akibat gempa bumi minggu lepas.

Memetik Daily Sabah, pasukan penyelamat pada Ahad masih meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi menyelamatkan mangsa yang masih hidup.

Jumlah kematian akibat gempa pada hari pertama meningkat kepada 24,600 dan kini mencecah kira-kira 80,000 termasuk yang masih lagi cedera.

Susulan itu, kerajaan berikrar untuk menyiasat secara menyeluruh bagi mencari suspek yang disyaki bertanggungjawab ke atas runtuhan bangunan.

Naib Presiden Turkiye Fuat Oktay berkata setakat ini seramai 131 suspek telah dikenal pasti bertanggungjawab terhadap runtuhan yang melibatkan lebih 6,400 bangunan di 10 wilayah akibat gegaran itu.

“Perintah penahanan telah dikeluarkan untuk 113 daripada mereka.

“Kami akan mengemas kini mengenai perkara ini dengan teliti sehingga proses kehakiman yang diperlukan selesai.

“Terutamanya bagi bangunan yang mengalami kerosakan teruk dan menyebabkan kematian dan kecederaan,” katanya kepada pemberita.

Menteri Kehakiman Bekir Bozdag turut berikrar untuk menghukum sesiapa yang bertanggungjawab.

Selain itu, pendakwa raya juga telah mula mengumpulkan sampel bangunan untuk bukti mengenai bahan binaan.

Walaupun impak gempa itu kuat tetapi sebilangan mangsa, pakar dan penduduk di negara itu dipercayai menyalahkan pembinaan bangunan kerana disyaki menambah punca kemusnahan.

BACA: Lelaki Ramal Gempa Bumi Kuat Bakal Landa Turkiye 3 Hari Sebelum Tragedi Benar-benar Berlaku

Biro penyiasatan

Oktay berkata Kementerian Kehakiman telah menubuhkan biro penyiasatan jenayah gempa bumi di wilayah zon gempa untuk menyiasat kematian dan kecederaan.

Biro ditubuhkan bagi mengenal pasti kontraktor dan orang lain yang bertanggungjawab untuk kerja-kerja pembinaan dan mengumpul bukti.

Ia termasuk juga memberi arahan untuk menyiasat pakar termasuk arkitek, ahli geologi dan jurutera dan menyemak permit bangunan.

Semalam, pihak berkuasa di Lapangan Terbang Istanbul telah menahan dua kontraktor yang bertanggungjawab atas kemusnahan beberapa bangunan di Adiyaman.

Agensi Berita Demiroren (DHA) melaporkan pasangan ditahan itu sedang dalam perjalanan ke Georgia.

Manakala, dua lagi ditahan di wilayah Gaziantep yang disyaki telah memotong tiang untuk membuat ruang tambahan di salah satu bangunan runtuh, lapor Agensi Anadolu (AA).

Pendakwa raya negeri di Adana mengarahkan penahanan ke atas 62 orang dalam siasatan ke atas bangunan runtuh.

Sebagai perbandingan, pihak pendakwa cuba menangkap 33 orang di Diyabaki atas sebab yang sama, kata agensi itu.

Sementara itu, lapan orang telah ditahan di Sanliurfa dan empat di Osmaniye berkaitan bangunan yang musnah dipercayai mempunyai kerosakan seperti tiang dialihkan.

Polis juga menahan pemaju sebuah kompleks kediaman yang runtuh di bandar bersejarah Antakya di Lapangan Terbang Istanbul ketika dia bersedia untuk menaiki pesawat ke Montenegro pada petang Jumaat.

Sumber: Daily Sabah

BACA: “Nak Makan Mana?” 5 Benda Kecil Boleh Punca Bergaduh, No 4 Tu Paling Tak Berbaloi Tapi Ramai Boleh ‘Relate’

The post Gempa Bumi: Turkiye Keluar Waran Tangkap 130 Individu Terlibat Pembinaan Bangunan Musnah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*