Skuasy Dalam Senarai Sukan Olimpik Los Angeles 2028

skuasy olimpik los angeles

Skuasy Dalam Senarai Sukan Olimpik Los Angeles 2028

Sukan kriket, flag football, lacrosse, skuasy dan besbol-softbol antara sukan yang dicadangkan oleh tuan rumah Sukan Olimpik Los Angeles 2028 yang dijadualkan berlangsung lima tahun lagi, lapor Sinar Harian.

Ketua Pegawai Eksekutif Los Angeles 2028 (LA28), Kathy Carter berkata keputusan akhir berkenaan senarai tersebut akan dibuat dalam sesi di Mumbai, India oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) akhir bulan ini.

“Dalam membina program sukan Olimpik, kami bersedia untuk mencabar status quo dan berfikir secara berbeza mengenai perkara yang mungkin untuk Sukan di Los Angeles.

“Kami tampil dengan cadangan yang berani dan seimbang agar dapat memberi tenaga kepada temasya ini dengan persaingan yang relevan dari segi budaya serta sebarang kemungkinan tanpa had,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Pun begitu, Los Angeles Times secara positif mengatakan kemungkinan cadangan memasukan sukan itu pada temasya diluluskan.

Difahamkan, tiga daripada lima sukan tersebut tidak pernah dimasukkan dalam program Olimpik.

Jika kelulusan diberikan maka sukan flag football, skuasy dan lacrosse dijangka dapat membuat kemunculan pertama pada temasya Olimpik.

BACA: Sukan Asia: Skuad Skuasy Negara Buru 3 Emas Esok

Pestabola Merdeka 2023: Pasukan Palestin sah tarik diri

Dalam perkembangan lain, kejohanan Pestabola Merdeka 2023 yang bakal berlangsung tidak lama lagi nampaknya sedikit ‘kurang bersinar’ apabila pasukan Palestin disahkan terpaksa menarik diri.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan memaklumkan, keputusan itu dibuat berdasarkan keadaan semasa yang melanda negara itu buat masa ini.

Sehubungan itu jelas FAM, sebaliknya hanya tiga negara sahaja yang bakal beraksi iaitu Malaysia, India dan Tajikistan, bagaimanapun format pertandingan adalah dikekalkan.

Sumber: Sinar Harian

The post Skuasy Dalam Senarai Sukan Olimpik Los Angeles 2028 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*