Umat Islam Di Malaysia Sambut Aidilfitri Sabtu, 20 April Ini

rakyat malaysia raya sabtu

Umat Islam Di Malaysia Sambut Aidilfitri Sabtu, 20 April Ini

Rakyat Malaysia khususnya umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Sabtu, 22 April ini.

Pengumuman itu dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sekitar jam 8 malam Khamis, yang disiarkan menerusi siaran televisyen tempatan.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Sabtu, 22 April 2023,” katanya.

Perkara itu dimaklumkan selepas melakukan aktiviti cerapan anak bulan pada petang tadi, di 29 lokasi rasmi di seluruh negara.

Masyarakat Islam akan menyambut Aidilfitri pada tarikh yang dijangka dan tidak seperti tahun lepas, yang sambut sehari awal dari tarikh yang ditetapkan.

Berita lanjut menyusul.

Sumber: Awani

BACA: Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal 20 April

The post Umat Islam Di Malaysia Sambut Aidilfitri Sabtu, 20 April Ini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*