Polis Percaya Cemburu Merupakan Motif Pembunuhan Bella

Cemburu motif Bella dibunuh

Polis Percaya Cemburu Merupakan Motif Pembunuhan Bella

JOHOR BAHRU, 24 Jan (Bernama) — Polis mempercayai motif pembunuhan ibu tunggal Mila Sharmilah Samsusah, 32, yang hilang sejak 14 Dis lepas, adalah disebabkan cemburu, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Beliau juga berkata punca kematian wanita berkenaan disebabkan keretakan di kepala yang terkena  benda tumpul.

“Motif pembunuhan Bella ini adalah mungkin cemburu, macam saya cakap sebelum ni di Kuala Lumpur, kes bunuh ini mesti mempunyai motif.

Daripada motif tersebutlah, kita akan memulakan (siasatan) di situ, dapat bayangan ke arah motif. Inilah motif (pembunuhan Bella) yang kita dapat tahu,” kata beliau kepada pemberita selepas menyaksikan upacara serah terima tugas Ketua Polis Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, hari ini.

Razarudin berkata suspek kes pembunuhan Bella telahpun dituduh di Mahkamah Majistret Batu Pahat, pagi tadi.

BACA: Jangan Marah Anak Kalau Malas Ke Sekolah, Mungkin Dia Dah Kena ‘Usik’

Beliau juga menafikan dakwaan di media sosial bahawa polis seolah-olah memberi “layanan mesra” kepada suspek dalam siasatan kes itu dan menjelaskan kali pertama suspek utama ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 364 Kanun Keseksaan iaitu melarikan orang.

Namun, Razarudin berkata setelah keterangan diambil, suspek diberi jaminan polis kerana pihaknya mendapati tidak cukup bukti dan selepas terdapat bukti-bukti dan keterangan baharu, pihaknya menahan suspek sekali lagi di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

“Bukti-bukti dan keterangan (baharu) membolehkan kita menangkap dan siasatan seterusnya di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kes bunuh. Bukan kata kita bebaskan sebab hendak bagi peluang dia pergi umrah, tidak,” katanya lagi.

Pagi tadi,  seorang posmen yang merupakan teman lelaki kepada Bella, yang berusia 25, didakwa membunuh ibu kepada dua anak itu, antara 11 Malam 14 Dis sehingga 5.20 pagi, 15 Dis lepas.

Jumaat lepas, polis menemui rangka manusia tidak lengkap di sebuah rumah terbiar di Lorong Imam Jailani di Batu Pahat, selepas dipandu arah oleh seorang daripada suspek utama kes kehilangan wanita berkenaan.

Wanita berkenaan dilaporkan hilang sejak 14 Dis lepas selepas gagal dihubungi setelah dikatakan menaiki kereta teman lelakinya untuk mencuci pakaian di kedai dobi berhampiran.

Sumber: BERNAMA

The post Polis Percaya Cemburu Merupakan Motif Pembunuhan Bella appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*