Unik, Anak Zirafah Tanpa Tompok Dilahirkan Di Zoo AS

Anak zirafah tanpa corak

Unik, Anak Zirafah Tanpa Tompok Dilahirkan Di Zoo AS

Seekor anak zirafah menjadi perhatian apabila lahir tanpa sebarang corak atau tompok pada badan di sebuah zoo yang terletak di Tennessee, Amerika Syarikat, lapor CBS News.

Difahamkan, anak zirafah yang dilahirkan di Zoo Brights di Limestone pada 31 Julai lalu itu dianggap unik.

Menurut pakar, mereka mempercayai bahawa ia merupakan satu-satunya zirafah yang tidak mempunyai corak pada badan.

Umum Pertandingan Nama Anak Zirafah Tanpa Tompok

Sehubungan itu, pihak zoo telah mengumumkan membuat pertandingan untuk memberikan nama terhadap anak zirafah itu pada Ahad lalu.

Pertandingan itu dilaporkan telah menarik perhatian orang ramai dengan empat senarai nama terbaik telah dipilih pada Isnin. Antara nama yang terpilih termasuklah Kipekee (unik), Firyali (luar biasa), Shakiri (paling cantik) dan Jamella (salah satu kecantikan).

Tergolong dalam populasi terancam

Menurut Yayasan Pemuliharaan Zirafah, haiwan itu termasuk dalam senarai haiwan terancam pada 2018.

Sementara itu, Pengarah Zoo berkenaan, David Bright berkata kali terakhir zirafah tanpa tompok direkodkan pada tahun 1972 di Tokyo. Haiwan itu diberikan nama Toshiko dan lahir di Zoo Ueno, menurut gambar arkib.

Sehubungan itu, pengasas Zoo Brights, Tony Bright, dalam satu kenyataan berharap perhatian diberikan terhadap spesies berkenaan khususnya di habitat semula jadinya.

Tambahan lagi, haiwan itu menarik perhatian ramai dengan keunikannya.

BACA JUGA: Penternak Terkejut, Anak Kambing Lahir Seakan Berwajah Manusia

“Berita mengenai anak zirafah itu tersebar secara global dan kami berharap ia dapat menimbulkan kesedaran terhadap pemuliharaan zirafah.

“Populasi zirafah liar semakin pupus dengan 40 peratus daripadanya dilaporkan pupus sejak tiga dekad lalu,” katanya.

Zirafah retikulasi merupakan spesies zirafah yang mempunyai warna coklat dan oren. Haiwan itu kini boleh dilihat oleh pengunjung zoo yang datang.

Terdahulu, pada tahun 2020, tiga zirafah berwarna putih telah ditemui di Kenya. Difahamkan, haiwan itu mengalami leucism, yang mana menyebabkan kehilangan pigmentasi dan menghasilkan kulit putih.

Bagaimanapun, dua daripada haiwan itu dilaporkan telah dibunuh oleh pemburu haram manakala seekor lagi tidak diketahui meskipun usaha mengesan dengan sistem Global Positioning System (GPS) dilakukan.

BACA JUGA: Diberi Nama “Happy”, Anak Lembu Punyai Corak Unik Pada Badan Berbentuk “Smiley” Ditemui

Sumber: CBS News 

The post Unik, Anak Zirafah Tanpa Tompok Dilahirkan Di Zoo AS appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*