Unik Dan Luas, Lelaki Berjaya Ubah Suai Tangki Air Jadi Rumah Mewah

Ubah Suai Tangki Air

Unik Dan Luas, Lelaki Berjaya Ubah Suai Tangki Air Jadi Rumah Mewah

Seorang lelaki bernama Robert Hunt yang pernah bekerja dalam industri penapisan nekad mengubah suai tangki air lama menjadi sebuah kediaman mewah, lapor Insider.

Pada awalnya, Robert sedang mencari hartanah yang boleh diperbaiki untuk dibelinya dan matanya telah tertarik kepada sebuah menara air lama.

“Ia berada 20 batu dari tempat saya tinggal dan pada asasnya ia masih berada dalam lingkungan kawasan tempat saya. Saya dapat melihat potensi dan peluang yang boleh diperolehi berdasarkan harga yang ditawarkannya,” kata Hunt.

Dia akhirnya membeli hartanah itu yang terletak di Cloverly Cross pada November 2019 dengan harga 150,000 pound sterling (RM 788,000).

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Bahagian dalamannya hampir kosong, kecuali beberapa panel elektrik dan paip air yang sudah tersedia wujud pada masa awal dia membeli menara tersebut.

Kredit Robert Hunt

Kredit Robert Hunt

“Apabila saya mula-mula melihatnya, sukar untuk digambarkan. Tiada tingkap, tiada tangga dan anda perlu menaiki tangga di tengah-tengah menara untuk sampai ke bahagian atas tangki,” kata Hunt lagi.

Kredit Robert Hunt

Hunt mula melakukan kerja-kerja ubah suai menara itu pada Disember 2019 yang lalu. Projek itu akhirnya siap selepas mengambil masa selama lebih kurang 2 tahun setengah.

Pada mula projek itu dijalankan, Hunt masih bekerja di kilang tempat dia bekerja secara sepenuh masa sambil melakukan kerja-kerja ubah suai rumah baharunya itu bersama rakannya.

“Saya terus bekerja sepenuh masa untuk enam bulan pertama, dan kemudian saya berhenti kerja dan menjual rumah saya untuk melakukan ubah suai secara sepenuh masa,” tambah Hunt lagi.

Menurut Hunt lagi, dia sebelum ini mempunyai tiga hartanah yang disewakan kepada penyewa, dan akan membuat lukisan DIY yang ganjil, ubah suai dapur dan bilik mandi.

Walaupun hanya melakukan DIY yang umum, dia mengakui projek yang dilakukannya merupakan cabaran terbesarnya.

Hunt menganggarkan sebanyak 600,000 pound sterling (RM 3.4 juta) telah dibelanjakan untuk projek ubah suai tersebut. Dia akhirnya berpindah ke rumah menara air tersebut pada Mei 2022 selepas ubah suai siap sepenuhnya.

Hunt telah berjaya mengubah menara air yang terbiar itu kepada sebuah rumah mewah tiga tingkat. Dia turut mengekalkan kemasan di bahagian luar konkrit yang terdedah dan hanya menutupinya dengan lapisan cat warna hitam dan tapak berwarna putih bagi menampilkan kontras.

Kredit Robert Hunt

Tingkap juga ditambah sekeliling bangunan itu dan menawarkan pemandangan panorama kawasan luar bandar Inggeris yang nyaman.

Tingkat pertama dijadikan sebagai bilik utama dan ruangan pakaian untuknya. Terdapat juga satu lagi bilik tidur dan bilik mandi di tingkat yang sama.

Bilik air terletak di tengah-tengah ruang bangunan berbentuk bulat itu di mana ia pernah menjadi sebahagian daripada akses kepada menara air tersebut.

Kredit Robert Hunt

Untuk membiayai projek ini, Hunt telah bertindak menjual beberapa rumahnya serta meminjam wang daripada ibu bapanya. Dia bercadang untuk menggunakan keuntungan daripada penjualan rumah menara air itu untuk membayar balik wang pinjaman daripada ibu bapanya.

Kredit Robert Hunt
Kredit Robert Hunt

Hunt turut menjangkakan pembeli adalah orang yang berasal daripada bandar di mana mereka mahu berpindah ke luar bandar atau sedang mencari rumah kedua.

Rumah menara air itu telah dianggarkan berharga 1.8 juta pound sterling (RM 8.34 juta) oleh ejen hartanah. Namun dia masih mencari lagi pembeli yang mampu membayarnya lebih mahal daripada jumlah tersebut.

“Saya tidak mahu menjualnya dengan harga kurang daripada 2 juta pound sterling, sejujurnya,” tambah Hunt lagi.

Sumber: INSIDER

The post Unik Dan Luas, Lelaki Berjaya Ubah Suai Tangki Air Jadi Rumah Mewah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*