Unik, Sebagai Tanda Kenang Jasa, Syarikat Ini Bina Tugu Khas Untuk Lipas

Unik, Sebagai Tanda Kenang Jasa, Syarikat Ini Bina Tugu Khas Untuk Lipas

Setiap kali bercakap tentang serangga perosak lipas, apa yang kita bayangkan adalah ia haiwan yang kotor dan menggelikan. Jika terlihat lipas dimana-mana, sebelum ia terbang, kita pasti mencari pelbagai cara untuk menghapuskan haiwan tersebut.

Bukan apa, selain kotor lipas juga mampu mencetuskan rasa panik dan kelam kabut, lebih-lebih apabila lipas mula terbang dan hinggap pada tubuh badan kita kan?

Namun berbeza pula dengan syarikat Jepun ini, ketika ramai yang membenci lipas, syarikat ini pula bersyukur dengan kewujudan makhluk tersebut yang dianggap sebagai sumber pendapatan utama syarikat itu.

Apa tidaknya, syarikat tersebut, Sono & Sons merupakan sebuah syarikat penylenggaraan bangunan yang mempunyai kepakaran dalam bidang kawalan makhluk perosak, seperti lipas. Jadi, dengan adanya lipas-lipas yang berkeliaran di bangunan-bangunan, perkhidmatan yang ditawarkan syarikat tersebut mendapat permintaan tinggi warga tempatan.

Justeru itu, sebagai tanda penghargaan kepada lipas, Sono & Sons telah membina sebuah tugu lipas sebagai mengenang ‘pemergian’ lipas-lipas yang dihapuskan oleh syarikat tersebut selama ini.

Dikenali dengan nama Gokiburi Tenzo, patung berkenaan sebenarnya dibina kira-kira 15 tahun lepas dan direka oleh Hiro Amano.

Dipengaruhi rekaan H.R Gate, tugu berkenaan lengkap dengan sepasang tangan dan kaki yang dibina menggunakan campuran keluli dan konkrit.

Bagi yang berminat untuk melawat tugu tersebut, ia terletak di Kuil Rinsen yang berada berdekatan tebing Sungai Kitayama, Shirakawa di wilayah Nara. Lokasi tersebut dikatakan sangat sunyi dan sesuai untuk roh-roh yang mengorbankan diri demi kepentingan syarikat Sono & Sons berehat dengan tenang.

BACA: “Walau Satu Aduan Saya Ulang, Jangan Ambil Mudah” – Fadhlina Sidek

Sumber: allaboutjapan.com

The post Unik, Sebagai Tanda Kenang Jasa, Syarikat Ini Bina Tugu Khas Untuk Lipas appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*