Universiti Di AS Tawar Kursus Pengajian Psikologi Taylor Swift

Universiti Di AS Tawar Kursus Pengajian Psikologi Taylor Swift

AMERIKA SYARIKAT — Sebuah Universiti di Amerika Syarikat, Arizona State University (ASU) dilaporkan menawarkan satu kursus terbaharu membabitkan penyanyi popular Hollywood, Taylor Swift, lapor Billboard.com.

Difahamkan, kursus terbaharu itu dikenali sebagai Psikologi Taylor Swift atau Psychology of Taylor Swift – Advanced Topics of Social Psychology. Bidang ini bakal ‘menggali’ dan mempelajari figura penyanyi popular itu dari perspektif psikologi kerjayanya.

Kursus ini merupakan lanjutan daripada kursus Psikologi Sosial. Ia bakal diajar oleh seorang tenaga pengajar berpangkat PHD, Alexandra Wormley menjelang musim luruh nanti.

Psikologi Taylor Swift bertujuan untuk mendalami pemahaman dalam pelbagai topik psikologi sosial menerusi pembacaan empirikal, perbincangan dalam kelas dan penyelidikan.

“Secara asasnya kursus ini menggunakan Taylor Swift sebagai contoh dalam pelbagai aspek kehidupan, karya, peminatnya termasuk hubungan romantik, fiksyen, balas dendam dan pembangunan sosial.

“Kelas ini juga bukan sekadar tentang minat terhadap penyanyi ini tetapi ia tentang pembelajaran dari sudut psikologi,” maklum ASU di laman web rasmi.

Penawaran Kursus Taylor Swift Di IPT

Kursus seperti yang ditawarkan oleh ASU ini bukanlah kali pertama berlaku dalam bidang pendidikan.

BACA JUGA: Taylor Swift Dilapor Beri Bonus Berjumlah RM250 Juta Kepada Semua Krew Konsert Jelajahnya

Sebelum ini, pada Februari 2022, sebuah pusat pengajian, Institut Muzik Rakaman Clive Davis NYU telah menawarkan kursus tentang penyanyi berusia 30 tahun itu dan telah diajar oleh seorang penulis Rolling Stone, Brittany Spanos.

Pada Ogos lalu, Universiti Texas di Austin juga mengikuti langkah yang sama dengan menawarkan subjek seni liberal di bawah tajuk  Peraduan dan Konteks Sastera — Buku Lagu Taylor Swift (Literary Contests and Contexts — The Taylor Swift Songbook).

Subjek ini menekankan kajian karya penyanyi dan penulis lagu itu termasuk empat album terbarunya.

Terbaru, Univeristi Stanford yang bertapak di California mengumumkan pengenalan subjek All Too Well (Versi 10 Minggu). Subjek ini juga memfokuskan analisis mendalam mengenai lirik-lirik lagu Ratu Hits nombor 1 itu yang diajar oleh Nona Hungate.

Sumber: Billboard.com, Arizona State University

The post Universiti Di AS Tawar Kursus Pengajian Psikologi Taylor Swift appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*