Inspirasi Dari Insiden Lahad Datu & Ops Daulat, Filem Takluk Kini Dalam Pembikinan

filem takluk lahad datu op daulat

Inspirasi Dari Insiden Lahad Datu & Ops Daulat, Filem Takluk Kini Dalam Pembikinan

Buat penggemar filem aksi dan sejarah, terdapat berita baik untuk anda. Pengarah filem, Zulkarnain Azhar memaklumkan bahawa sebuah filem yang diinspirasikan dari kejadian sebenar dalam negara kini dalam pembikinan.

Menurut Zulkarnain, filem tersebut yang berjudul Takluk diinspirasikan daripada insiden Lahad Datu dan Ops Daulat yang pernah menggegarkan negara suatu ketika dahulu.

Berita baik itu diumumkan sendiri oleh beliau menerusa satu  hantaran di akaun Instagramnya (@mzulkarnainazhar) pada 19 Mei.

“Perjalanan pembikinan filem terbaru bertajuk “TAKLUK” telah bermula. Semoga dipermudahkan segala urusan. In shaa Allah.”

Berpengalaman dalam pengarah filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa (2022), beliau berharap agar proses penghasilan filem ini berjalan lancar.

Selain Air Force The Movie: Selagi Bernyawa (2022), Zulkarnain turut pernah mengarahkan filem lain seperti J Revolusi pada tahun 2017.

Setakat ini, barisan pelakon dan tarikh tayangan bagi filem ini masih tidak diumumkan kepada khalayak.

Filem  Takluk bakal telusuri kisah tragedi Lahad Datu pada tahun 2013 serta pejuangan pasukan keselamatan dalam Op Daulat

Menerusi hantaran yang sama, beliau turut memuat naik sekeping poster konsep yang direka sendiri berdasarkan poster permainan Battlefield.

Insiden Lahad Datu telah meninggalkan sejarah hitam buat Malaysia apabila ramai wira negara gugur ketika mempertahankan kedaulatan negara daripada dicerobohi pengganas Sulu.

Difahamkan, seramai 235 pengganas Filipina yang sebahagiannya bersenjata telah mendarat di Kampung Tanduo di Lahad Datu, Sabah pada 11 Februari 2013.

Kumpulan pengganas itu menggelarkan diri mereka sebagai ‘Askar Diraja Kesultanan Sulu dan Borneo Utara’. Mereka dipercayai telah dihantar oleh Jamalul Kiram III,  salah seorang individu daripada pihak yang menuntut takhta Kesultanan Sulu.

Selain itu, individu tersebut turut mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu yang sah. Mereka telah menceroboh masuk Sabah dengan alasan ingin menuntut Sabah kembali menjadi wilayah Kesultanan Sulu.

Bagi menghalang kemaraan pasukan pengganas ke Sabah, satu operasi yang diberi nama sebagai Ops Daulat yang dilancarkan pada 11 Mac 2013.

Pada akhir Op Daulat, seramai 56 pengganas dilaporkan terbunuh bersama enam orang awam.

Namun, pertempuran ini turut menyaksikan 12 orang wira negara gugur di medan perang setelah bergadai nyawa bagi melindungi kedaulatan tanah air.

Menurut Sinar Harian, konflik yang membabitkan Malaysia dan kumpulan pengganas tersebut telah diisytiharkan tamat pada 10 April 2013.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zulkarnain Azhar (@mzulkarnainazhar)

BACA: Jokowi Tolak Naik Heli, Nak Tinjau Sendiri Jalan Rosak Guna Kereta

Sumber: mzulkarnainazhar via Instagram

The post Inspirasi Dari Insiden Lahad Datu & Ops Daulat, Filem Takluk Kini Dalam Pembikinan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*