US Hantar Armada Laut Ke Mediterranean, Tanda Respon Serangan Hamas Ke Atas Israel

us hantar armada israel

US Hantar Armada Laut Ke Mediterranean, Tanda Respon Serangan Hamas Ke Atas Israel

Amerika Syarikat (US) telah mengarahkan armada tentera lautnya termasuk kapal pengangkut pesawat dan pesawat tambahan untuk bergerak lebih dekat ke timur Mediterranean sebagai tindak balas terhadap serangan mengejut Hamas ke atas Israel, lapor CBS News.

Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Pertahanan US, Lloyd Austin pada Ahad sebelum Majlis Keselamatan Negara mengesahkan angka korban dalam serangan tersebut.

“Hari ini (Ahad), sebagai tindak balas kepada serangan Hamas ke atas Israel dan berikutan perbincangan terperinci dengan Presiden Biden, saya telah mengarahkan beberapa langkah untuk mengukuhkan postur Jabatan Pertahanan di rantau ini untuk meningkatkan usaha pencegahan serantau,” kata Austin dalam satu kenyataan.

Difahamkan, kapal yang terlibat ialah Strike Carrier USS Gerald R. Ford termasuk kapal pengangkut pesawat USS Gerald R. Ford, yang merupakan kapal pengangkut pesawat (aircraft carrier) terbesar di dunia.

Ia dijadikan sebagai tambahan kepada kapal penjelajah peluru berpandu kelas Ticonderoga USS Normandy.

Selain itu, turut terlibat sama ialah empat kapal pemusnah peluru berpandu kelas Arleigh-Burke, iaitu USS Thomas Hudner, USS Ramage, USS Carney dan USS Roosevelt.

Kredit: CNET

Difahamkan juga, USS Gerald R. Ford telah berada di barat Mediterranean apabila ia menerima arahan untuk digunakan.

Dalam pada itu, langkah untuk menambah skuadron pesawat pejuang Tentera Udara US juga turut diumumkan Austin.

Katanya, pesawat USAF akan memasuki pangkalan di Timur Tengah di mana mereka akan tersedia untuk operasi menentang Iran.

Kemudian, Austin turut memaklumkan amunisi yang akan dihantar US sedang diterbangkan.

US beri jaminan keselamatan pada Israel

Sementara itu, Setiausaha Akhbar Pentagon Brig. Jeneral Pat Ryder mengatakan Austin telah bercakap dengan Menteri Pertahanan Israel Yoav Gallant berkenaan dengan sokongan yang akan diberikan kepada Israel.

“Gallant dan Austin akan kekal berhubung rapat pada hari-hari dan minggu-minggu akan datang,” tambah Ryder.

Manakala, Presiden US Joe Biden telah memberi jaminan kepada Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu bahawa bantuan US untuk Angkatan Pertahanan Israel sedang dalam perjalanan ke sana.

Jelasnya, lebih banyak bantuan akan menyusul dalam beberapa hari mendatang.

Austin mengesahkan bahawa pergerakan pertama bantuan keselamatan US kepada IDF mula bergerak Ahad dan tiba dalam beberapa hari akan datang.

Pada Isnin, sumber rasmi Israel mengesahkan lebih 700 orang awam dan anggota tentera Israel telah terkorban sejak Hamas melancarkan serangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini ke atas Israel dari Gaza pada awal pagi Sabtu.

Sumber: CBS News

BACA: Kaki Lumpuh, Lebih 90 Pelajar Diserang Penyakit Misteri

The post US Hantar Armada Laut Ke Mediterranean, Tanda Respon Serangan Hamas Ke Atas Israel appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*