Jerebu: Lapan Kawasan Catat IPU Tidak Sihat, Cheras Tertinggi

jerebu ipu tertinggi

Jerebu: Lapan Kawasan Catat IPU Tidak Sihat, Cheras Tertinggi

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) — Sebanyak lapan kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat dengan Cheras di sini merekodkan 157, yang tertinggi setakat 10 pagi ini.

Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar, lima kawasan di Selangor merakamkan bacaan IPU melebihi 100 iaitu Banting (156), Klang (155), Petaling Jaya (143) serta Shah Alam dan Johan Setia masing-masing mencatatkan 153.

Kawasan Nilai di Negeri Sembilan pula merekodkan bacaan IPU 151, manakala Bukit Rambai, Melaka 153.

Sementara itu, sejumlah 56 lagi kawasan merekodkan bacaan IPU sederhana (51-100), manakala empat kawasan lain mempunyai bacaan IPU baik iaitu kurang daripada 50.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara adalah baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.

Data IPU itu dikeluarkan setiap jam, berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.

Malaysia utus surat kepada Indonesia selesai masalah jerebu rentas sempadan 

Sebelum ini, Malaysia telah menghantar surat kepada Indonesia bagi menyelesaikan segera Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan (AATHP), kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau berkata surat berkenaan telah dihantar kepada rakan sejawatnya di Indonesia susulan arahan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam supaya penyelarasan dibuat dengan rakan sejawat dalam ASEAN bagi menyelesaikan masalah jerebu merentas sempadan.

Sumber: BERNAMA

BACA: Indonesia Nafi Tuduhan Jerebu Rentas Sempadan Melintasi Malaysia

The post Jerebu: Lapan Kawasan Catat IPU Tidak Sihat, Cheras Tertinggi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*