Video & Pesanan Suara Boleh Dibuat Secara ‘View Once’ Di Telegram

Video & Pesanan Suara Boleh Dibuat Secara ‘View Once’ Di Telegram

Telegram melancarkan kenaikan taraf bagi aplikasi tersebut yang merupakan sebahagian daripada perincian Januari aplikasi itu.

Penambahbaikan bagi aplikasi itu adalah melalui ciri view once yang terdapat di Telegram. View once itu akan merangkumi pesanan suara dan juga video.

Ia juga akan mempunyai perincian seperti memberhentikan seketika rakaman video atau pesanan suara ketika dihantar dan juga kawalan read time yang baru.

Sebelum ini pada bulan September 2023, aplikasi itu telah memperkenalkan view once bagi perbualan antara satu individu bersama satu individu yang lain.

Kini, syarikat itu akan melakukan view once untuk pesanan suara dan juga video. Melalui penambahbaikan aplikasi itu, orang ramai boleh menekan ikon mikrofon pada aplikasi itu untuk merakam suara dan menarik ikon itu ke atas untuk mengeluarkan ikon view once.

Ini akan membenarkan sesiapa saja yang melihat video atau mendengar pesanan suara itu untuk melihat dan mendengarnya sekali sahaja.

Upgrade Untuk Telegram

Selain itu, Telegram juga akan mengeluarkan perincian yang membenarkan orang ramai untuk menghentikan seketika dan memulakan semula rakaman video dan suara melalui menu yang sama.

Aplikasi itu juga akan menambah satu perincian dimana dalam perbualan yang antara dua individu, ia akan menunjukkan waktu perbulan mereka itu dibaca. Perincian ini boleh dimatikan melalui settings.

Bagi pengguna berbayar pula, mereka boleh sembunyikan read time mereka. Tetapi, mereka masih lagi boleh melihat read time individu lain jika ia dikongsikan secara umum.

Bukan itu saja, pengguna premium juga boleh memilih siapa yang akan membaca mesej mereka terlebih dahulu.

Mereka boleh memilih sama ada ‘Everyone‘ ataupun ‘My Contacts and Premium User‘.

Bulan lepas, Telegram melancarkan ciri baharu untuk penemuan dan penyesuaian channel yang lebih baik.

Kemudian, ia memperkenalkan panggilan yang lebih baik dengan perlindungan penyulitan end-to-end yang mengurangkan penggunaan bateri telefon anda.

Syarikat itu juga mengemas kini platform botnya untuk membenarkan bot bertindak balas terhadap mesej, menguruskan reaksi, petikan dan pautan serta menghantar balasan kepada perbualan atau topik lain.

Sumber: Tech Crunch

BACA JUGA: Cara Bersihkan Tilam, Campur Bahan-Bahan Ni Je!

The post Video & Pesanan Suara Boleh Dibuat Secara ‘View Once’ Di Telegram appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*