Pelajar jatuh sungai selamatkan telefon dahulu

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi dua pelajar perempuan yang terjatuh ke dalam sungai ketika menaiki rakit, namun mengutamakan keselamatan telefon bimbit mereka, lapor program berita Liputan6. 

Video itu dimuat naik dalam akaun Twitter @ndagels.

Seorang lelaki kelihatan mengemudi sebuah rakit untuk membawa dua pelajar perempuan menyeberangi sungai.

Ketika dua pelajar itu menaiki rakit tersebut, salah seorang daripadanya hilang keseimbangan lalu mereka terjatuh ke dalam sungai.

Ketika terjatuh, seorang pelajar dilihat mengangkat telefon bimbitnya tinggi ke udara walaupun tubuhnya sudah berada dalam air. 

Pengemudi rakit yang melihat kejadian tersebut bergegas membantu dua pelajar itu selepas mereka terjatuh.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Badan basah tinggal dilap saja, telefon basah perlu keluar biaya,” komen seorang netizen.

“Jatuh tidak mahu bersendirian, mahu diajak rakan,” komen netizen lain. – Agensi

The post Pelajar jatuh sungai selamatkan telefon dahulu appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*