(Video) Ikuti Siaran Langsung Pembentangan Bajet 2023

(Video) Siaran Langsung Pembentangan Bajet 2023

Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan membentangkan Bajet 2023 Malaysia Madani di Dewan Rakyat hari ini.

Bajet yang akan dibentangkan sebentar lagi merupakan belanjawan pertama dibentangkan Kerajaan Perpaduan dibawah pimpinan Perdana Menteri Kesepuluh itu.

Bukan itu sahaja, Bajet 2023 Malaysia Madani yang dijangkan akan dibentangkan pada pukul 4 petang ini juga akan diikuti oleh seluruh rakyat Malaysia.

Dengan situasi ekonomi negara yang begitu mencabar ketika ini, ramai yang ternanti-nantikan apakah bentuk bantuan yang bakal diumumkan nanti.

Sebelum ini, Anwar telah membentangkan peruntukan khas (bajet mini) di bawah Akta Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 pada 20 Disember lalu.

Bajet mini tersebut berkuat kuasa pada 1 Januari 2023 bagi tujuan perbelanjaan perkhidmatan membabitkan wang sejumlah RM107,718,676,650.

BACA: Dari Mana Kerajaan Kutip Hasil Nak Buat Bajet?

Sebelum ini, Bajet 2023 yang disediakan kerajaan pimpinan bekas Perdana Menteri kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak sempat diluluskan.

Hal ini disebabkan pembentangan bajet tersebut berlaku sebelum pembubaran Parlimen pada 10 Oktober 2022 bagi memberi laluan untuk pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Pembentangan Bajet 2023 akan mula berlangsung pada pukul 4.00 petang ini dan ditayangkan di platform berita tempatan secara langsung..

Bagi sesiapa yang berminat untuk menonton sesi pembentangan Bajet 2023, anda boleh menekan pautan siaran langsung Bernama di bawah:

Sebelum ini, Anwar Ibrahim memberi bayangan jumlah peruntukan Bajet 2023 yang akan dibentang pada hari ini akan dikurangkan.

Walau bagaimanapun, pengurangan ini tidak akan memberikan beban kepada program pembangunan negara, lapor Bernama. 

Beliau turut berkata, beberapa strategi belanjawan dan angka awal untuk Bajet 2023 telah dibentang kepada Jemaah Menteri dalam mesyuarat Kabinet pada 8 Februari lalu.

Langkah pengurangan ini adalah satu cara bagi menangani masalah bajet defisit yang dialami sejak awal 2000-an lagi.

BACA: Mampu Ke Malaysia Terus Bertahan Dengan Bajet Defisit?

“Saya bentangkan strategi belanjawan dan angka awal kerana negara tidak boleh bertahan dengan defisit tinggi.

“Sejauh mana mampu kita kurangkan dan pengurangan yang tidak bebankan program pembangunan kita,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat itu di sini.

Persidangan Dewan Rakyat telah bermula pada 13 Feb dan Perdana Menteri akan membentangkan Bajet 2023 pada 24 Februari, hari ini.

Sumber: Bernama & Astro Awani

The post (Video) Ikuti Siaran Langsung Pembentangan Bajet 2023 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*