Video Wanita ‘Heret’ Lelaki Pulang Ketika Main Bola Tular

Golongan lelaki kebiasaannya mempunyai hobi mereka yang tersendiri termasuk bermain bola sepak atau futsal. Bagaimanapun, situasi mungkin akan sedikit berbeza bila mereka sudah berkahwin kerana perlu memberi komitmen kepada isteri dan anak-anak.

Bercakap mengenainya, baru-baru ini tular di media sosial mengenai satu video yang memaparkan seorang lelaki diajak pulang oleh seorang wanita ketika sedang bermain bola sepak.

Kejadian yang dipercayai berlaku di Indonesia itu mendapat perhatian ramai termasuk turut dikongsikan oleh netizen di Malaysia.

Menerusi video tersebut, seorang wanita yang memakai helmet dilihat meluru ke arah padang bola ketika satu pertandingan bola sepak berlangsung.

Ketika itu, dia mendekati seorang lelaki dan menariknya untuk keluar daripada padang tersebut.

Tindakannya itu membuatkan penonton dan pemain yang lain bersorak sebelum pengadil meniup wisel untuk menangguhkan perlawanan tersebut, lapor Tribun News.

Dalam pada itu, lelaki terbabit pula dilihat sedikit malu dengan perbuatan melulu wanita itu tetapi dia tetap mengikutinya untuk keluar dari situ.

Bagaimanapun, status hubungan di antara mereka berdua tidak dapat dipastikan.

Sehingga kini, video tersebut mendapat ribuan tontonan dan dihujani dengan pelbagai komen dari netizen.

Ada sesetengah netizen yang mendakwa bahawa lelaki tersebut tidak meminta izin untuk bermain bola sehingga menyebabkan wanita itu berang dan mengajaknya pulang.

BACA: Enggan Gugurkan Kandungan, Wanita Dibakar Suami Meninggal Dunia Selepas Kritikal 11 Hari

Sumber: Tribun News

 

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*