Viral Rakaman Lelaki Ditetak Pakai Kapak, Dipercayai Bermotifkan Cemburu

lelaki ditetak bekas suami kapak cemburu

Viral Rakaman Lelaki Ditetak Pakai Kapak, Dipercayai Bermotifkan Cemburu

Tular satu video hari ini yang menunjukkan seorang lelaki diserang menggunakan kapak, dipercayai bermotifkan cemburu di bulatan Menara Kinabalu pada malam Khamis, semalam.

Dalam kejadian tersebut yang berlaku sekitar 9 malam, mangsa berusia 39 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian muka, tangan dan kaki.

Manakala, teman wanitanya berusia 30 tahun pula sempat menyelamatkan diri daripada suspek.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah, pasangan terbabit dikatakan sedang makan di dalam kereta ketika kejadian.

Namun begitu, kedua-duanya tiba-tiba diserang oleh tiga lelaki dan salah seorang daripadanya menggunakan kapak ketika insiden terbabit.

“Kedua-duanya sempat menyelamatkan diri menuju ke Balai Polis Alamesra dan mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth bagi mendapatkan rawatan.

“Siasatan awal mendapati motif serangan ini dipercayai akibat rasa cemburu iaitu salah seorang suspek merupakan bekas suami kepada wanita terbabit,”  jelasnya pada Jumaat.

BACA: Tunggang Agama: Cadangan Ambil Tindakan Tegas Telah Dikemukakan Kepada Agong- PM Anwar

Pihak polis sedang mengesan tiga orang suspek bagi membantu siasatan

Kata Mohd Zaidi, ekoran kejadian tersebut, pihak polis sedang mengesan tiga lelaki yang masing-masing berusia 37 dan 27 tahun. Walau bagaimanapun, salah seorang suspek masih tidak dapat dikenal pasti.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi pegawai penyiasat iaitu Inspektor Muhammad Khaidir Zakarian di talian 014-8019618,” katanya.

Tambahanya, kes ini disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan parah dengan menggunakan senjata.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan kes lelaki ditetak menggunakan kapak dan video mengenai kejadian itu turut tular di media sosial pada hari ini.

Dalam video berdurasi satu minit 20 saat tersebut, seorang lelaki bertindak menetak secara berulang kali kaki seorang lelaki lain di dalam sebuah kenderaan.

Mangsa yang berada di tempat duduk pemandu tidak dapat mengelak berikutan serangan secara bertubi-tubi. Manakala, terdapat seorang wanita berada di tempat duduk penumpang hadapan.

Lelaki terbabit turut memecahkan cermin di bahagian penumpang hadapan dan belakang kenderaan sambil cuba membuka pintu. Tindakan tersebut dipercayai untuk membawa wanita itu keluar.

Tidak cukup itu, cermin hadapan turut dipecahkan suspek. Namun, kenderaan tersebut sempat memecut meninggalkan lokasi kejadian.

BACA: “Bukan Kemahiran Bercakap, Tapi…”, Rafizi Dedah ‘Rahsia’ Nak Jadi Pendebat Yang Bagus

Sumber: Sinar Harian

The post Viral Rakaman Lelaki Ditetak Pakai Kapak, Dipercayai Bermotifkan Cemburu appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*