Viu Malaysia Tawan Jakarta Dengan Sesi Jelajah Nenek Bongkok Tiga

Jakarta, 13 Mac 2023 – Viu Malaysia, perkhidmatan penstriman video OTT pan serantau terkemuka diterajui oleh PCCW, baru-baru ini telah mengadakan sesi jelajah di Jakarta melalui program Viu Chit Chat untuk mempromosikan siri fantasi seram terbarunya, Nenek Bongkok Tiga sekaligus membuka langkah pertamanya untuk menembusi pasaran Indonesia.

Sesi jelajah yang diadakan pada 8 Mac 2023 bertempat di Lotte Shopping Avenue, Jakarta telah menerima sambutan baik dari peminat yang ingin turut merasai sendiri pengalaman drama tersebut.

Siri jelajah ini juga memberikan peluang kepada sekitar 200 para peminat dan Viu-ers yang datang dari sekitar Indonesia untuk berinteraksi dengan barisan pelakon Nenek Bongkok Tiga secara lebih dekat dan mereka juga berkesempatan untuk mengambil bahagian dalam beberapa aktiviti yang dianjurkan seperti bermain permainan di atas pentas dan menonton tayangan episod 6 drama tersebut.

Menyusuli kejayaan sesi jelajah Nenek Bongkok Tiga di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kuantan dan Jakarta, Viu Malaysia yakin karya terbaru dari pengarah terkemuka Malaysia, Datuk Yusry Abdul Halim itu akan terus memikat penonton di rantau ini.

Diterajui oleh barisan pelakon hebat seperti Hun Haqeem, Meerqeen, Sherie Merlis, Fimie Don, Sara Ali, Syafie Naswip, Sofia Jane, Sara Mack Lubis, Ashraf Muslim, Syazwan Zulkifly dan Rykarl Iskandar serta jalan cerita yang menarik, siri tersebut dilihat sebagai salah satu hasil produksi paling memukau daripada Viu Malaysia yang menemui penonton pada tahun ini.

Secara keseluruhan, sokongan untuk sesi jelajah Nenek Bongkok Tiga di Jakarta telah membuktikan bagaimana kandungan buatan Malaysia diterima dengan baik di Indonesia dan menunjukkan permintaan yang meningkat untuk kandungan tempatan yang berkualiti tinggi di rantau ini.

Viu Malaysia akan terus memperluaskan jangkauannya di seluruh rantau dan berkomitmen untuk menyajikan hiburan yang terbaik kepada para penontonnya. Kejayaan sesi jelajah terbaru di Jakarta tersebut adalah suatu bukti kepada komitmen ini dan merupakan penetapan matlamat untuk menghasilkan lebih banyak kandungan yang menghiburkan pada masa hadapan.

The post Viu Malaysia Tawan Jakarta Dengan Sesi Jelajah Nenek Bongkok Tiga appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*