Wabak Selesema Burung Di Jepun Dilapor Semakin Meningkat

Selesema Burung Catat Rekod Tertinggi Musim Ini Di Jepun

Wabak Selesema Burung Di Jepun Dilapor Semakin Meningkat

TOKYO — Jumlah wabak selesema burung di Jepun ketika ini mencatatkan rekod tertinggi sebanyak 54 menjelang awal tahun ini, lapor The Japan Times.

Dianggarkan jumlah keseluruhan penghapusan burung akibat wabak berkenaan dijangka mencecah 7.75 juta ekor.

Menurut kerajaan wilayah Fukuoka pada Selasa, pihaknya telah melaporkan wabak berkenaan telah berlaku di sebuah ladang emu di bandar Koga.

Tambahan lagi, kes yang sama turut dilaporkan berlaku di ladang ayam bertelur di bandar Asahi, Wilayah Chiba pada hari yang sama.

Kedua-kedua wabak tersebut merupakan yang ke-53 dan ke-54 dilaporkan berlaku pada musim ini dengan kira-kira 400 dan 9,600 ekor burung bakal dihapuskan masing-masing di Fukuoka dan Chiba.

Selepas wabak yang berlaku di Chiba, dianggarkan lebih 6.8 juta bilangan telur ayam telah dibuang.

Sementara itu, menerusi data industri menyatakan harga standard untuk telur bersaiz sederhana di pasaran Tokyo secara purata adalah RM 9.57 ( ¥284) pada Disember lalu, namun meningkat sebanyak 35.2 peratus dari tahun sebelumnya sebanyak RM 11.29 (¥335).

Kali terakhir paras harga tertinggi dilaporkan oleh negara tersebut adalah pada Mac 1991.

Kebiasaannya, harga telur jatuh selepas tahun baru namun disebabkan wabak selesema burung yang berterusan pada tahun ini telah menjejaskan harga berkenaan.

Terdahulu, bilangan wabak selesema burung pada musim 2020-2021 adalah sebanyak 52.

Sumber: The Japan Times

The post Wabak Selesema Burung Di Jepun Dilapor Semakin Meningkat appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*