Wajah Disunting Dengan Gambar Tak Senonoh? Guna Cara Ni Untuk “Delete” Di Internet

gambar tak senonoh delete

Wajah Disunting Dengan Gambar Tak Senonoh? Guna Cara Ni Untuk “Delete” Di Internet

Seiring dengan kemodenan dunia, pelbagai teknologi dan peralatan yang dicipta untuk memudahkan urusan harian manusia.

Bukan sahaja itu, ia juga dapat membantu orang ramai menjana pendapatan dan hasil menerusi platform media sosial seperti Facebook dan Instagram.

Pun begitu, kadangkala sebahagian orang sanggup mengambil kesempatan terhadap orang lain dengan cara yang tidak baik. Hari ini, penggunaan media sosial semakin meluas menjadikan kuasa tular semakin berkuasa.

Sehubungan itu, pelbagai info atau maklumat tersebar dengan pantas. Kadangkala perkara ini juga boleh membawa kesan buruk seperti penyebaran maklumat atau gambar yang tidak bermoral.

Hari ini, kita dapat menyaksikan pelbagai gambar tidak senonoh dan bersifat seksual tersebar di platform media sosial. Perkara ini sudah tentunya memberikan kesan negatif terutamanya kepada mangsa yang terlibat.

Malah, ada yang sanggup menyunting gambar muka seseorang dengan imej yang tidak senonoh untuk tujuan memalukannya atau memeras ugut.

Apa yang perlu kita lakukan sekiranya berdepan dengan situasi ini?  Sebenarnya terdapat satu inisiatif yang telah ditawarkan oleh Meta bagi membendung kandungan ini terus berlaku, iaitu menerusi sistem StopNCII.org.

Apa itu StopNCII.org?

StopNCII.org ialah platform percuma yang dicipta khas untuk menyokong mangsa bagi penyalahgunaan Imej Intim Tanpa Konsensual (NCII). Ia diciptakan oleh Facebook dan NCII Pilot Instagram sejak 2018 bagi membantu mangsa secara proaktif.

Aplikasi ini turut berada di bawah seliaan The Revenge Porn Helpline (RPH) yang merupakan sebahagian daripada sebuah badan amal di UK, SWGfL.

SWGfL mula ditubuhkan pada tahun 2000 dan bekerjasama dengan beberapa rakan kongsi dan pihak berkepentingan di seluruh dunia untuk melindungi orang ramai dalam talian.

Manakala RPH pula ditubuhkan pada 2015 dan ia telah memberikan bantuan terhadap ribuan mangsa NCII.

BACA JUGA: Cara Mudah Kesan Tanah Lot Guna Aplikasi MyLot

Gambar: AFP

Bagi mengukuhkan lagi inisiaif ini, Meta telah mengadakan kerjasama dengan Facebook Ireland untuk menyokong pelancaran StopNCII.org dengan RPH. Ia termasuk melibatkan 50 organisasi lain.

Untuk makluman, RPH berjaya mengeluarkan lebih 200,000 gambar mangsa NCII daripada internet dengan kadar 90 peratus.

Fungsi StopNCII.org

Sebelum mengetahui cara nak padam gambar bogel yang telah disebarkan di media sosial, pertama sekali kita perlu mengetahui bagaimana StopNCII.org berfungsi.

Laman web ini berfungsi untuk ‘membersihkan’ semula imej atau video bogel anda dengan menggunakan proses algoritma. Ia menetapkan nilai gambar tersebut berserta mencari salinan gambar yang sama.

Sekiranya pengguna bimbang gambar mereka telah disiarkan atau dikongsikan di platform dalam talian seperti Facebook atau Instagram, mereka boleh membuat laporan menerusi StopNCII.org.

Ia bagi mengesan imej pengguna secara proaktif dan mengalih keluar imej daripada dikongsi dalam talian. Sistem ini boleh memberikan nilai privasi terhadap gambar seperti mewujudkan cap jari digital.

Individu yang berusia lebih 18 tahun yang merasakan bahawa gambar mereka telah dikongsi atau disebarkan tanpa kebenaran disarankan menggunakan platform ini.

Bagi mereka yang berumur bawah 18 tahun, terdapat organisasi lain yang boleh menawarkan perkhidmatan seperti ini termasuk Pusat Kebangsaan Kanak-Kanak Hilang dan Dieksploitasi (NCMEC).

Cara Guna StopNCII.org 

Langkah pertama, pilih gambar atau video yang dipercayai terlibat dalam penyalahgunaan NCII.

Langkah kedua, StopNCII.org akan mencipta cap jari digital yang dipanggil ‘hash’ terhadap gambar tersebut.

Hasil pencarian tersebut akan dihantar ke peranti anda (bukan gambar atau video asli). Hal ini kerana StopNCII.org tidak akan memuat naik kandungan dan kekal terjamin pada peranti.

Langkah ketiga, sekiranya kes anda berjaya, anda akan menerima nombor kes bagi menyemak status kes itu.

Untuk mengakses kes selepas dihantar, anda perlu menyimpan nombor kes bersama PIN kerana tidak boleh didapatkan semula.

Langkah keempat, syarikat yang terlibat akan membuat padanan pada gambar dan mengeluarkan sebarang gambar yang sama dalam sistem.

Walau bagaimanapun, ia perlu selari dengan dasar penyalahgunaan Imej Intim Tanpa Konsensual.

Langkah kelima, StopNCII.org secara berkala akan terus menyemak padanan cap jari di web yang terlibat.

Langkah keenam, anda boleh menyemak maklumat terkini kes itu pada bila-bila masa atau menarik kembali laporan mengenainya.

Sumber: StopNCII.org, Meta

The post Wajah Disunting Dengan Gambar Tak Senonoh? Guna Cara Ni Untuk “Delete” Di Internet appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*