Jangan Main Beli Je, Ini Tips Untuk “First Timer” Yang Nak Guna Set Gerudi Di Rumah

set gerudi rumah

Jangan Main Beli Je, Ini Tips Untuk “First Timer” Yang Nak Guna Set Gerudi Di Rumah

Sepanjang tinggal di dalam rumah, pastinya setiap orang mempunyai rasa ingin mengubah suai rumah mengikut cita rasa masing-masing. Lebih-lebih lagi kawasan atau sudut rumah itu telah berlaku kerosakan.

Walau bagaimanapun, kadangkala ia terbantut dengan kekurangan peralatan dan kurang arif dalam proses baik pulih.

Berbeza pada ketika ini, nak ubah suai rumah atau membaiki tidak lagi perlu menunggu tukang rumah datang. Sekarang,  banyak barangan DIY yang tersedia di kedai-kedai. Bukan sahaja itu, banyak tips dalam asas pertukangan yang dikongsikan di media sosial.

Sebenarnya kita juga boleh sahaja melakukan kerja-kerja pertukangan ini khususnya golongan lelaki.

Oleh itu, nak mula mesti kena ada peralatan kan tapi tak tahu mana satu yang patut beli?

Hari ini SK akan berkongsikan tips untuk memilih set drill  yang patut dibeli bagi pemula. Ia dikongsikan oleh Azmi Moh di Facebook Kumpulan Tukang Apa Hari Ini (TAHI).

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian di bawah.

Tips Pilih Beli Set Drill Rumah Untuk Pemula 

Gambar: Azmi Moh

Kalau kita tak biasa, memang pening nak beli drill ni, macam-macam jenis, Macam-macam jenama, macam-macam kod, macam-macam fungsi.

Cadangan saya, kalau kita bukan tukang, hanya nak drill biasa-biasa untuk kegunaan rumah. Pilih Hammer Drill, 700w ke atas. Tak kisah jenama apa. Yang penting watt dia. Ia menunjukkan kekuatan Drill itu mampu bekerja.

BACA JUGA: (Video) Elak ‘Tiles’ Pecah, Lelaki Ni Ajar ‘Step By Step’ Cara Nak Tebuk Yang Betul

Walaupun jenama BOSCH, jika 600w, bercintalah nak boleh ke tebuk dinding simen. Dalam gambar ‘B’ 710w. Sedang molek lah. 

Kalau tukang, kena adalah lah semua drill A,B & C. Fungsi dia berbeza-beza. Dari Drill ‘A’ Rotary Hammer, Drill C, untuk kerja-kerja ringan, untuk pasang screw. Kerja-kerja kayu, letrik, sesuai lah. Sebab ia ringan dan tanpa wayar. 

Semoga bermanfaat.

“Tidak miskin berkongsi ilmu, Banyak kita memberi, semakin bertambah ilmu kita.”

Sumber: Azmi Moh via Facebook Kumpulan Tukang Apa Hari Ini (TAHI)

The post Jangan Main Beli Je, Ini Tips Untuk “First Timer” Yang Nak Guna Set Gerudi Di Rumah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*