Pesara Kerajaan Rugi Lebih RM4.4 Juta Ditipu Pelaburan Mata Wang Kripto

pesara kerajaan rugi kripto

Pesara Kerajaan Rugi Lebih RM4.4 Juta Ditipu Pelaburan Mata Wang Kripto

KUALA LUMPUR, (Bernama) — Seorang pesara kerajaan berputih mata apabila mengalami kerugian lebih RM4.4 juta akibat terpedaya dengan pelaburan mata wang kripto tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Amihizam Abdul Shukor, berkata siasatan awal mendapati lelaki berusia 60 tahun itu menerima mesej melalui aplikasi WhatsApp daripada nombor tidak dikenali dan  telah memperkenalkan diri sebagai ejen pelaburan mata wang kripto yang berasal dari Singapura.

BACA JUGA: Pesara Rugi RM845,000 Ditipu ‘LHDN’, ‘Polis’

“Mangsa diarahkan untuk membuat pendaftaran di laman web yang diberikan dan dijanjikan pulangan sebanyak lima hingga 10 peratus daripada nilai modal namun tidak dinyatakan tempoh pelaburan tersebut.

“Terperdaya dengan tawaran tersebut, mangsa membuat 90 transaksi berjumlah RM4,417,092.80 secara berperingkat ke dalam tiga akaun bank diberikan suspek bermula 18 Julai sehingga 6 Sept lalu,”katanya dalam kenyataan, semalam.

“Namun begitu, mangsa gagal mengakses laman web berkenaan dan gagal menghubungi suspek, semalam,” katanya.

Justeru, Amihizam, berkata mangsa yang mengesyaki telah ditipu apabila tidak menerima sebarang keuntungan pelaburan membuat laporan polis di Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields semalam.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sumber: BERNAMA

The post Pesara Kerajaan Rugi Lebih RM4.4 Juta Ditipu Pelaburan Mata Wang Kripto appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*