Harga Istimewa Tiket Penerbangan Buat Mahasiswa IPTA Akan Diumum – Loke

harga istimewa tiket penerbangan

Harga Istimewa Tiket Penerbangan Buat Mahasiswa IPTA Akan Diumum – Loke

PETALING JAYA (Bernama) — Kerajaan akan mengumumkan harga istimewa tiket penerbangan kepada pelajar di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam masa terdekat.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata ia membabitkan pelajar dari Sabah dan Sarawak yang melanjutkan pengajian di Semenanjung serta pelajar dari Semenanjung yang belajar di Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata walaupun terdapat penambahan jumlah penerbangan dan kapasiti pesawat yang lebih besar, ia masih tidak dapat menampung permintaan yang tinggi.

“Untuk pulang sambut Hari Raya Aidilfitri, ketika ini hanya tinggal tiket kelas perniagaan dengan harga tinggi … kita akan ada perancangan untuk pelajar (membeli tiket) dengan subsidi kerajaan,” katanya.

Loke berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Berbuka Puasa Bersama Kakitangan Prasarana Malaysia Berhad semalam.

Bayaran bantuan khas kewangan aidilfitri diawalkan pada 14 April – JPA

Sementara itu, media turut melaporkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memaklumkan pembayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) 2023 terhadap pegawai perkhidmatan awam dan pesara kerajaan diawalkan pada 14 April 2023.

Sebelum ini, JPA mengumumkan bahawa tarikh pembayaran tersebut akan dibuat pada 17 April.

Ketua Pengarah JPA, Dato, Dr Zulkapli Mohamed berkata ia selepas kerajaan mengambil kira keprihatinan dalam membantu penjawat awam dan pesara kerajaan Persekutuan dalam membuat persediaan bagi menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

“Kerajaan telah bersetuju untuk membuat perubahan ke atas tarikh pembayaran BKKA Tahun 2023 kepada pegawai perkhidmatan awam dan pesara kerajaan daripada 17 April 2023 kepada 14 April 2023.

“Tertakluk kepada penerimaan pakai oleh pihak berkuasa masing-masing, arahan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua perkhidmatan awam negeri, pihak berkuasa berkanun dan pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Terdahulu, Zulkapli memaklumkan bahawa penjawat awam dan pesara kerajaan yang layak bakal menerima BKKA 2023 pada 17 April ini, lapor Bernama.

“Mereka yang layak mendapat BKKA 2023 ialah pegawai perkhidmatan awam gred 56 dan ke bawah yang masih berkhidmat.

“Pegawai lantikan tetap, sementara dan ‘Contract of Service’ (COS), pegawai yang bercuti bergaji penuh, pegawai yang bercuti separuh gaji.

“Selain pegawai yang bercuti tanpa gaji serta pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya turut layak menerima BKKA 2023,” katanya.

Sumber: BERNAMA

The post Harga Istimewa Tiket Penerbangan Buat Mahasiswa IPTA Akan Diumum – Loke appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*