Wanita Dipercayai Tertua Di Dunia Meninggal Dunia Pada Usia 128

wanita tertua meninggal dunia

Wanita Dipercayai Tertua Di Dunia Meninggal Dunia Pada Usia 128

AFRIKA SELATAN — Seorang individu bernama Johanna Mazibuko yang dipercayai wanita tertua di dunia dilaporkan meninggal dunia pada usia 128 tahun, lapor The Mirror.

Menurut menantunya Thandiwe Wesinyana, ibu kepada tujuh anak itu meninggal dunia akibat penyakit strok sewaktu di rumahnya di wilayah barat laut negara itu.

Difahamkan, Mazibuko bakal menyambut hari lahir ke-128 pada 11 Mei nanti.

wanita tertua meninggal dunia
Gambar: Newsflash

Bagaimanapun, laporan mengenai dakwaan ‘wanita tertua’ itu tidak disahkan. Hal ini berikutan dia tidak mendapat pengiktirafan secara rasmi.

Rekod tersebut dipegang oleh seorang wanita bernama Maria Branyas Morera dari Amerika Syarikat yang berusia 115 tahun. Ia telah direkodkan dalam Guinness World Records.

Sementara itu, Datuk Bandar Tempatan, James Tsolela sebelum ini berkata pihaknya telah menyemak data umur termasuk kad pengenalan wanita itu.

“Hasil penyelidikan dan semakan yang dilakukan, kami tidak menjumpai sesiapa yang sebaya dengannya. Tambahan lagi, kami juga mempunyai maklumat tentangnya.

“Oleh itu, kami berusaha membawa namanya diiktiraf dalam buku Guinness Book of Records. Ia bagi memberi penghormatan kepadanya,” kata Tsolela.

BACA JUGA: Wanita Tertua Di Dunia Meninggal Pada Usia 123, Keluarga Dedah Rahsia Arwah Umur Panjang

Walaupun mempunyai masalah buta huruf dan ingatan, Mazibuko sempat berkongsikan pengalaman sepanjang hidupnya kepada News24 sebelum ini.

wanita tertua meninggal dunia
Gambar: Newsflash

“Ketika dahulu, kami tinggal di kawasan ladang dengan aman dan tiada masalah. Ada makanan yang boleh kami tangkap dan makan. Jadi kami akan goreng atau masak sebelum makan.

“Itulah gambaran kehidupan kami suatu ketika dahulu,” katanya.

Terdahulu, seorang wanita dikenali sebagai Kane Tanaka dari Jepun dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada usia 119 tahun, lapor BBC News.

Difahamkan, beliau merupakan pemegang rekod dunia sebelum ini yang meninggal dunia pada 19 April tahun lalu.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Wanita, Buruh dan Kebajikan Jepun.

Tanaka merupakan anak ketujuh dari sembilan adik beradik. Dia bertemu jodoh pada usia muda seawal 19 tahun.

Sepanjang hidupnya, Tanaka telah melalui pelbagai peristiwa bersejarah termasuk penerbangan terawal yang dilancarkan oleh Wright Brothers.

Selain itu, dia turut pernah melalui wabak selesema di Sepanyol (Spanish Flu) pada 1918, Perang Dunia Pertama dan Kedua serta pandemik COVID-19 tiga tahun lalu.

Sumber: The Mirror

The post Wanita Dipercayai Tertua Di Dunia Meninggal Dunia Pada Usia 128 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*