Wanita gigih simpan duit untuk IVF, tapi suami habiskan untuk berjudi

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mahukan zuriat sendiri namun tidak semua dikurniakan rezeki tanpa perlu mengeluarkan duit.

Setelah tujuh tahun bernikah, penyanyi dangdut Indonesia, Lia Ladysta luah rasa kecewa apabila suaminya kantoi menggunakan wang simpanan.

Wang tersebut adalah untuk proses hamil (IVF) kerana Lia dan pasangannya masih tidak mempunyai cahaya mata selepas tujuh tahun melangsungkan perkahwinan.

Duit tersebut dikatakan habis digunakan suami Lia untuk berjudi secara atas talian lapor Tribunnews.

Bukan pertama kali suaminya ditangkap bermain judi, namun Lia seringkali memaafkan kerana sayangkan rumah tangga yang dibina.

Kini suaminya, Munawir berdepan tindakan undang-undang kerana penyelewengan dana bank di tempat kerja untuk berjudi.

Disebabkan itu, Lia akhirnya membuat keputusan memfailkan talak selepas tujuh tahun mempertahankan hubungan tersebut.

Baca juga: Filem animasi Mechamato menang anugerah, Fahmi Fadzil ucap tahniah kepada penerbit

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*