Jangan Buang, Wanita Kongsi Resepi Kerepek Kulit Kentang

kulit kentang kerepek

Jangan Buang, Wanita Kongsi Resepi Kerepek Kulit Kentang

Tidak dinafikan, kentang mempunyai pelbagai khasiat. Kehadiran kentang dalam masakan menambahkan lagi seri dalam menu makanan.

Antara masakan yang boleh dilakukan berasaskan kentang termasuklah donat kentang, lempeng kentang, jejari kentang dan banyak lagi.

Hal ini kerana bekalan kentang mudah dijumpai dan sentiasa ada.

Selain itu, kentang juga sangat digemari oleh kanak-kanak khususnya ‘kentang putar’ atau potato spring. Makanan ini sering dijumpai seperti di bazar, kedai-kedai tepi jalan dan tapak pasar malam.

Umumnya, masyarakat hanya akan mengambil isi kentang untuk digunakan dalam masakan. Manakala, kulit kentang pula akan dibuang ke dalam tong sampah sahaja.

Namun, kulit kentang sebenarnya boleh digunakan dan tidak perlu dibuang pun.

Pasti ramai yang tidak mengetahui ia boleh digoreng menjadi kerepek. Tapi bagaimana cara untuk memasaknya?

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian @madam_lim_ di bawah.

Kulit Kentang Goreng Terus Jadi Kerepek 

Menurut Madam Lim, kulit kentang tidak perlu dibuang begitu sahaja. Ia juga boleh dijadikan kerepek.

“Kulit kentang jangan buang. Boleh buat kerepek yang sihat dan rangup. Jom saya ajar,” katanya.

BACA JUGA: Awas, Kentang Bertunas Bahaya Dimakan, Doktor Ini Jelaskan Kenapa

Bahan-Bahan 

Antara bahan yang diperlukan untuk pembuatan ini termasuklah kulit kentang, minyak masak, garam dan lada putih.

Cara Penyediaan

Cara yang pertama, masukkan kulit kentang yang tidak digunakan lagi ke dalam bekas.

Cara kedua, masukkan sedikit minyak masak, garam dan lada putih. Kemudian, gaulkan sehingga rata.

Cara ketiga, masukkan ke dalam bekas Air Fryer pada suhu 170 darjah Celsius selama 15 minit.

Cara keempat, barulah kulit kentang dapat dinikmati.

 

@madam_lim_

Kulit kentang jangan buang!😍

♬ Cupid (Twin Ver.) – FIFTY FIFTY

Rata-rata pengguna memberikan maklum balas positif dengan tips yang disampaikan oleh madam Lim.

Untuk makluman, video ini mendapat lebih 90,000 tontonan, dengan lebih 2,000 dan komen daripada warganet.

Sumber: TikTok @madam_lim_

BACA JUGA: Pelajar & Guru Di Jepun Kerumun, Lindung Pelajar Muslim Pengsan Ketika Bersukan

The post Jangan Buang, Wanita Kongsi Resepi Kerepek Kulit Kentang appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*