Wanita Hilang Sejak Jumaat Ditemui Mati Di Jeti Maritim Zon Kuala Kurau

wanita hilang jeti

Wanita Hilang Sejak Jumaat Ditemui Mati Di Jeti Maritim Zon Kuala Kurau

IPOH, (Bernama) — Seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu disahkan meninggal dunia apabila mayat mangsa ditemukan terapung di Jeti Zon Maritim Kuala Kurau dekat Parit Buntar petang Sabtu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata mayat wanita berusia 23 tahun itu ditemui pasukan bot peronda pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang mahu menambat bot berkenaan di Jeti Zon Maritim Kuala Kurau.

Beliau berkata pihak polis sebelum itu telah menerima satu laporan orang hilang pada 10.54 pagi Jumaat lalu di Balai Polis Kuala Kurau.

“Mangsa yang menghidap tiroid dan asma mengalami kemurungan dikatakan telah keluar dari rumah dan bapa mangsa yang risau keselamatan anak perempuannya itu telah membuat laporan polis.

“Kita telah menerima laporan daripada APMM sekitar 4.45 petang menyatakan penemuan mayat dan mayat mangsa telah dibawa ke Jeti Kampung Raja Bashah,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

BACA JUGA: Pelajar Maut Kemalangan Seorang Periang, Suka Bergurau

Mohd Yusri berkata, pihak polis telah menghubungi pengadu iaitu bapa mangsa bagi proses pengecaman mayat dan mengesahkan identiti mayat terbabit adalah anak perempuannya yang hilang.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Parit Buntar bagi bedah siasat dan hasil bedah siasat itu mendapati kematian tidak dapat dikenal pasti akibat pereputan mayat,” katanya.

Sumber: BERNAMA

The post Wanita Hilang Sejak Jumaat Ditemui Mati Di Jeti Maritim Zon Kuala Kurau appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*