Wanita Menangis Gembira, Tak Sangka Kucing Kesayangan Pulang Ke Rumah Lepas 7 Hari Hilang

kucing pulang ke rumah

Wanita Menangis Gembira, Tak Sangka Kucing Kesayangan Pulang Ke Rumah Lepas 7 Hari Hilang

Kucing merupakan haiwan peliharaan yang sering menjadi pilihan bagi mereka yang mahu berjinak-jinak dalam membela haiwan kesayangan.

Sifat mereka yang manja dan mudah dipelihara telah menyebabkan haiwan ini menjadi pilihan ramai penggemar haiwan berbulu.

Bagi pemilik haiwan ini, kehilangan mereka bukanlah sesuatu perkara yang mudah diterima, malahan ia akan turut menjadi mimpi ngeri yang paling ditakuti.

Mana tidaknya, haiwan peliharaan yang dijaga dan dimanjakan telah hilang dan tidak tahu bagaimana keadaannya.

Begitulah yang terjadi kepada seorang wanita menerusi perkongsian sebuah video yang dilihat menangis selepas dipertemukan semula dengan kucingnya.

Perkongsian video itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama @KucingBertweet.

Berdasarkan rakaman video itu, kucing wanita tersebut dikatakan sudah hilang sejak tujuh hari yang lalu.

Ketika penemuan itu, mereka sedang melihat telefon bimbit mereka.

Kemudian, secara tiba-tiba seekor kucing telah muncul dihadapan rumah pasangan tersebut.

Wanita yang teruja itu dilihat berlari dan memanggil kucing yang dinamakan sebagai Chloe itu.

Wanita itu pantas mendapatkannya lalu mendudukungnya sambil diperhatikan oleh lelaki tersebut.

Menurut tulisan di dalam video tersebut, wanita itu berkata bahawa dia pernah bermimpi berkenaan kejadian itu.

“Dalam mimpi saya, awak pakai seluar pendek! Ia seperti mimpi saya,” kata wanita itu kepada pasangannya.

“Kemari Chloe, awak terlalu kotor dan sangat kurus,” kata wanita itu lagi.

Dia kemudiannya dilihat mengangkat kucing itu sambil menangis dan membawanya masuk ke dalam rumah.

Di mana lokasi dan bila video itu dirakam tidak dinyatakan dalam perkongsian video tersebut.

Menurut kapsyen muat naik video itu, ia berkata bahawa mereka yang ada kucing sahaja tahu bagaimana perasaan bila kucing peliharaan hilang.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

Jumpa Terbiar & Bawa Balik Nak Bela, Ingatkan Kucing Rupanya Harimau Kumbang

Terdahulu, seorang wanita di Siberia tidak menyangka anak haiwan berbulu disangka kucing ditemui terbiar beberapa tahun lalu, akhirnya membesar sebagai harimau kumbang, lapor The Sun.

Wanita tersebut, Venza pada asalnya membawa pulang haiwan itu ke rumahnya dan membuat keputusan untuk membelanya serta menamakannya sebagai Luna.

Makhluk comel disangka kucing itu diberikan tempat perlindungan yang selamat, makan minum, selain dijaga dengan baik hingga membesar dengan cepat.

Malah Luna juga turut ‘berkawan’ dengan anjing peliharaan Venza di bawah bumbung yang sama.

Sumber: X/@KucingBertweet

The post Wanita Menangis Gembira, Tak Sangka Kucing Kesayangan Pulang Ke Rumah Lepas 7 Hari Hilang appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*