Wanita nyanyi lagu dangdut, berjoget semasa pengajian agama

JAKARTA – Media sosial dihebohkan dengan video seorang wanita menyanyikan lagu dangdut di hadapan sekumpulan pemuda dalam pengajian agama di Indonesia baru-baru ini, lapor portal berita INDOZONE semalam. 

Berdasarkan klip video TikTok milik @gunawankaoi, wanita yang kelihatan memakai pakaian berwarna hitam itu juga berjoget  di sebelah seorang ustaz dengan menyanyikan lagu Rungkad.  

Bagaimanapun, ia tidak menyatakan dengan tepat di mana dan waktu acara tersebut diadakan. Maklumat yang diperoleh daripada video itu cuma menyebut bahawa rakaman itu dibuat semasa  majlis pengajian agama sedang berlangsung.

Perbuatan nyanyian itu menyebabkan ramai netizen yang berasa hairan kerana majlis keagamaan tersebut disertai pula dengan persembahan nyanyian.

Pada kebiasaannya, majlis keagamaan disertai dengan bacaan ayat suci Al-Quran dan berselawat kepada Nabi Muhammad SAW tetapi situasi dalam video tersebut diadakan dalam suasana yang berbeza, lapor portal berita Tribun Medan. – Agensi

 

The post Wanita nyanyi lagu dangdut, berjoget semasa pengajian agama appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*