Wanita OKU Ditemukan Maut Dalam Bilik Sewa Sendirian

Wanita OKU ditemukan maut

Wanita OKU Ditemukan Maut Dalam Bilik Sewa Bersendirian

Seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU) masalah pembelajaran dilaporkan telah ditemui meninggal dunia dalam sebuah bilik sewa di Bandar Puteri Jaya, Kedah pada Isnin lalu, lapor Sinar Harian.

Mangsa yang berusia 29 tahun itu dikatakan telah tinggal di bilik sewa berkenaan bersama kakaknya yang berusia 30-an sejak Disember tahun lalu.

Kejadian hanya disedari oleh kakak mangsa selepas dia pulang dari tempat kerja, di mana mangsa dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani bagi mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, mangsa akhirnya telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan hospital terbabit.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan ketika dihubungi telah mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya, seorang suspek telah direman selama lima hari bagi membantu siasatan dalam kejadian tersebut.

Menurut Zaidy lagi, mayat mangsa kemudiannya telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk menjalani proses bedah siasat.

Bagaimanapun, siasatan berhubung kejadian masih lagi dalam siasatan pihak polis.

BACA: Lain Dari Lain, Chef Ni Buat Drama Pendek Untuk Kongsi Resipi, Jalan Cerita ‘Plot Twist’ Habis

Sumber: Sinar Harian

The post Wanita OKU Ditemukan Maut Dalam Bilik Sewa Sendirian appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*