Wanita Tak Sengaja ‘Hidu’ Teman Lelaki Curang Dalam Google Street View

lelaki curang google

Wanita Tak Sengaja ‘Hidu’ Teman Lelaki Curang Dalam Google Street View

Seorang wanita Brazil terkejut selepas mendapat tahu di teman lelakinya curang dengan kawan baiknya melalui Google Street View, lapor New York Post.

Difahamkan, teman wanitanya turut berkongsi kisah curang kekasihnya itu menerusi platform TikTok bulan lalu. Perkongsian klip tersebut tular di media sosial dengan meraih lebih sembilan juta tontonan,

Maklum wanita itu, pada hari kejadian dia secara spontan ternampak kenderaan Google Street View melalui hadapan rumahnya.

Susulan itu, dia mengambil keputusan untuk melayari laman web itu untuk mengetahui laluan yang digunakan oleh kereta syarikat berkenaan.

Gambar: Jam Press Video

Walau bagaimanapun, dia secara tidak sengaja ternampak teman lelakinya menungggang motosikal bersama seorang wanita dalam talian tersebut.

BACA JUGA: (Video) Google Earth Kesan Kawasan Perumahan Misteri, Semua Penduduk ‘Hilang’ Tinggalkan Tanda Tanya

“Saya melihat wanita di belakang (pembonceng) itu tidak nampak seperti saya, jadi saya mula mengikuti jejak mereka.

“Bagaimanapun, saya gagal mengesan motosikal itu di Google Street View dan terpaksa meneliti di jalan lain sebelum menemuinya.

“Kemudian saya kecewa selepas mendapati teman lelaki saya curang,” jelasnya.

Tambahnya, video berkenaan diakhiri dengan lelaki yang didakwa teman lelakinya merebahkan kepala di atas riba wanita berkenaan.

Gambar: Jam Press Video

Lebih membuatkan hatinya remuk apabila menyedari wanita berkenaan adalah rakan baiknya sendiri.

“Hancur hati saya selepas mendapat tahu wanita itu adalah kawan baik saya sendiri,” katanya lagi.

Wanita Nekad Panjat Kereta Suami Selepas Dapat Tahu Suami Curang 

Pada Januari lalu, satu video yang memaparkan aksi seorang wanita cuba memanjat sebuah kereta sedan berwarna oren di sebatang jalan di wilayah Tak, Thailand untuk menghalang suaminya memandu pergi bersama perempuan simpanan telah tular di media sosial Thailand, lapor The Thaiger.

Dapat dilihat dalam video tersebut bahawa terdapat beberapa orang awam cuba menahan wanita itu daripada dilanggar oleh pemandu yang juga suami kepada wanita berkenaan.

Bagaimanapun, pemandu itu meneruskan perjalanannya dan memandu lebih laju untuk menjatuhkan wanita itu dari bonet hadapan kereta berkenaan.

Wanita itu kemudiannya membalas dengan memukul cermin kereta tersebut sambil meminta agar suaminya itu keluar dan bercakap dengannya.

Sumber: New York Post

The post Wanita Tak Sengaja ‘Hidu’ Teman Lelaki Curang Dalam Google Street View appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*