Wanita Tertua Jepun, Fusa Tatsumi Meninggal Dunia Pada Usia 116 Tahun

Fusa tatsumi meninggal dunia

Wanita Tertua Jepun, Fusa Tatsumi Meninggal Dunia Pada Usia 116 Tahun

TOKYO — Seorang wanita yang digelar sebagai “wanita tertua di Jepun” dilaporkan meninggal dunia pada usia 116 tahun hari ini, lapor AFP.

Difahamkan, Fusa Tatsumi dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di sebuah pusat jagaan di Osaka.

Gambar: Hiroyoshumura/X

Sementara itu, Gabenor Osaka, Hirofumi Yoshimura dalam satu kenyataan di laman media sosial X (Twitter) turut menyampaikan ucapan takziah.

Dalam kenyataan tersebut Yoshimura memaklumkan berkesempatan menziarahi Tatsumi dalam satu majlis pada September lalu.

“Saya masih ingat betapa sihatnya Cik Fusa Tatsumi. Saya dengan tulus berdoa untuk rohnya,” katanya.

Fusa Tatsumi

Gambar: The Japan News

Mendiang yang dilahirkan pada 1907 itu pernah melalui dua perang dunia dan pelbagai wabak yang melanda dunia ketika itu.

Menurut media tempatan, MBS mendedahkan Tatsumi tinggal di bandar Kashiwara di Osaka bersama suaminya yang juga bekerja sebagai seorang petani. Sepanjang perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

BACA JUGA: Sambut “Birthday” Ke-191 Tahun, Kenali Jonathan, Kura-Kura Paling Tua Di Dunia 

Dalam rakaman yang disiarkan oleh MBS dan media tempatan lain memaparkan mendiang berada di atas kerusi roda sewaktu sambutan ulang tahunnya yang ke-116 pada April.

Untuk makluman Tatsumi diiktiraf sebagai orang tertua Jepun selepas Kane Tanaka meninggal dunia tahun lalu pada usia 119 tahun.

Pada April 2022 lalu, Rekod Dunia Guinness (GWR) secara rasmi mengakui Tanaka sebagai orang tertua di dunia.

Pemergian Tatsumi juga membuatkan Maria Branyas dari Amerika Syarikat kini memegang gelaran tersebut pada usia 116 tahun. Branyas dijangka mencapai umur ke-117 pada 4 Mac 2024.

Sumber: AFP

The post Wanita Tertua Jepun, Fusa Tatsumi Meninggal Dunia Pada Usia 116 Tahun appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*