Wany Hasrita Selamat Bergelar Ibu
Penyanyi popular, Wany Hasrita selamat bergelar ibu selepas melahirkan anak perempuannya pada Sabtu semalam.
Dalam satu perkongsian di Instagram sebentar tadi, Wany meluahkan rasa syukur terhadap puterinya.
“Assalamualaikum, bismillahi MasyaAllah, Alhamdulillah, Wany telah selamat melahirkan puteri kami pada hari Sabtu, 07:14pm secara normal.
“Terima kasih pada semua yang mendoakan kami.
“Anak ibu semoga jadi anak solehah penyejuk mata, penenang jiwa, pengerat cinta ibu dan bapak.
“Membesar dengan sihat dan jadilah orang yang memberi manfaat pada yang lain kelak. Ibu lebiu (love you),” tulisnya.
Sumber: wanyhasrita/Instagram
The post Wany Hasrita Selamat Bergelar Ibu appeared first on Siakap Keli.
Be the first to comment