Buat servis balut buku teks, warganet puji wanita pandai tambah pendapatan sendiri

Bila bab balut buku teks ini pastinya dikira sebagai renyah buat ibu bapa yang sibuk bekerja.

Tidak mahu jadikan alasan untuk malas, wanita sanggup buat perniagaan balut buku teks namun pembalut dan buku teks perlu dihantar kepadanya.

Nampak biasa bukan, tapi jika kena pada tempat, perniagaan sebegini mampu mendatangkan keuntungan.

Pengguna Facebook, Mas Alina mengambil kesempatan atas kekurangan orang lain sebagai satu peluang pekerjaan buatnya.

“Ibu ayah yang belum ada kesempatan nak balut buku teks anak boleh cari saya ya. InsyaAllah, saya boleh bantu. Saya cover (boleh) area Bangi dan kawasan sekitar.

“Ibu ayah cuma perlu sediakan pembalut buku dan bawa buku anak sahaja,” katanya pada hantaran di Facebook.

Warganet pada masa sama mencadangkan agar wanita tersebut juga menyediakan pembalut dan kenakan harga lebih tinggi.

“Ada baiknya cik akak tu sediakan sekali pembalut dan pelekat. Biar cas lebih, orang tak kisah nak membayar,” kata Munir Salleh

“Bagusnya, kreatif cari duit dan boleh tolong orang yang tak ada masa,” tambah Aqielala Lala

Orang yang bijak ini akan gunakan pelbagai peluang untuk menambah rezeki dan pendapatan mereka walaupun hal sekecil itu.

Baca juga: ‘Influencer’ mengaku dibayar untuk buat kandungan selepas dikecam warganet

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*