Warga Emas Ditemui Maut Di Tepi Jalan Akibat Strok Haba

warga emas maut strok haba

Warga Emas Ditemui Maut Di Tepi Jalan Akibat Strok Haba

Seorang warga emas yang terkenal kerana kerap berkaki ayam sejauh dua kilometer untuk meminta makanan dan wang ditemui mati di tepi jalan di wilayah Udon Thani, Thailand semalam.

Memetik The Thaiger, Boon, 81, ditemui dalam keadaan tidak berpakaian dipercayai meninggal dunia akibat panas terik.

Ratpol Mora Rat, penyiasat di Balai Polis Na Kha berkata, penemuan mayat di tepi jalan Ban Ngoi-Ban Nakhow Kaew dimaklumkan penduduk kampung pada pukul 9 pagi.

Pegawai penyiasat diiringi pasukan perubatan dari Yayasan Sawang Metha Udon Thani serta unit kecemasan Hospital Pusat Udon Thani dikerahkan ke tempat kejadian.

Sewaktu tiba di tempat kejadian, pasukan perubatan mendapati Boon terbaring kaku dengan sisi kanannya menghadap ke bawah.

Pakaian Boon ditemui berada berhampiran

Pakaian Boon seperti sarung, baju berbutang biru serta tongkat dan beg plastik yang mengandungi pakaian lain ditemui berdekatan dengannya.

Pemeriksaan bedah siasat mendedahkan bahawa dia mungkin telah meninggal dunia dua hari sebelum penemuan itu.

Boon berkemungkinan mengalami strok haba akibat cuaca panas melampau sehingga menyebabkan kematiannya.

Boon juga dipercayai menanggalkan pakaiannya untuk menyejukkan badan kerana haba menjadi terlampau panas.

Kaum keluarga dan penduduk kampung hiba selepas melihat mayat Boon yang sudah tidak bernyawa.

Mangsa dilaporkan mungkin meninggal dunia akibat panas terik pada hari Ahad, sewaktu suhu hampir 45°C.

Bangon, 44, anak perempuan Boon mendedahkan bahawa ibunya tidak mempunyai masalah kesihatan walaupun sudah berusia.

BACA: Kanak-Kanak Diterbangkan Ke HTAA Bukan Disebabkan Strok Haba

Pada hari kehilangannya, Boon dikatakan mahu tinggal bersama saudara yang sakit di kampung lain.

Boon berkata bahawa dia akan berjalan kaki ke sana dengan tongkatnya seperti kebiasaannya. Bangon menganggap Boon telah selamat sampai ke kampung itu dan tidak bertanya lebih lanjut sehinggalah dia menerima berita mengejutkan itu.

Menafikan sebarang syak wasangka, Bangon percaya kematian ibunya berpunca daripada strok haba yang disebabkan oleh cuaca panas pada Ahad lalu.

Terdahulu, Boon menjadi topik utama selepas video berjalan secara berkaki ayamnya tular dan dikongsikan oleh pengguna media sosial pada Julai tahun lalu.

Sumber: The Thaiger

The post Warga Emas Ditemui Maut Di Tepi Jalan Akibat Strok Haba appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*