West Ham Setuju Bayar 30 Juta Dapatkan Khidmat Harry Maguire

west ham maguire

West Ham Setuju Bayar 30 Juta Dapatkan Khidmat Harry Maguire

West Ham dilaporkan telah mencapai persetujuan dengan Manchester United untuk mendapatkan khidmat Harry Maguire bagi memperkuatkan benteng pertahanannya.

The Athletic pada Isnin melaporkan bahawa kelab dari London itu telah menawarkan sebanyak 30 juta pound sterling dan tawaran itu telah pun diterima oleh Manchester United.

Skuad kendalian David Moyes dikatakan sedang mencari pengganti tempat yang ditinggalkan oleh Declan Rice selepas pemain tersebut berkeputusan untuk ke Arsenal dengan kos perpindahan sebanyak 105 juta pound sterling.

Maguire kini dilaporkan sedang berusaha memulihkan prestasinya selepas jatuh merudum di bawah kendalian Erik ten Hag.

Baca: “Ada Masa Tapau Lagi Jimat,” Lelaki Kongsi Bajet Bulanan Keluarga, Siap Boleh Makan ‘Western’ Hujung Bulan

Pemain berusia 30 tahun itu hanya membuat 16 penampilan sahaja dalam Liga Perdana Inggeris pada musim lalu, dengan Lisandro Martinez, Raphael Varane dan Victor Lindelof lebih banyak diberikan tempat untuk mengemudi benteng pertahanan di bahagian tengah.

Selain daripada itu, pemain bola sepak England itu juga turut digugurkan daripada menjadi kapten pasukan pada awal musim panas lalu.

The Athletic turut melaporkan bahawa Maguire berharap untuk kekal berada di Manchester United dan bersaing bagi mendapatkan tempatnya kembali, namun pengurus England iaitu Gareth Southgate menyatakan bahawa kekurangan masa bermain di United boleh menjejaskan kerjaya antarabangsanya.

Maguire menyertai United daripada Leicester dengan yuran perpindahan sebanyak 80 juta pound sterling pada 2019, namun kini kelab tersebut dilaporkan sedang berusaha untuk mengurangkan pemain pada musim panas ini selepas menandatangani Andre Onana, Mason Mount dan Rasmus Hojlund.

West Ham juga telah membuat bidaan sebanyak 30 juta pound sterling untuk Scott McTominay, tetapi telah ditolak.

Sumber: The Athletic

The post West Ham Setuju Bayar 30 Juta Dapatkan Khidmat Harry Maguire appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*