10,000 Pelajar B40 Dapat Pengecualian Bayar Yuran Pengajian – Khaled Nordin

pelajar b40 pengecualian yuran

10,000 Pelajar B40 Dapat Pengecualian Bayar Yuran Pengajian – Khaled Nordin

Seramai 10,000 pelajar daripada kumpulan B40 yang merupakan wakil pertama dalam keluarga memasuki program pengajian tinggi akan mendapat pengecualian pembayaran yuran sepenuhnya, kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Seperti yang dilapor Sinar Harian, kerajaan akan memperuntukkan kira-kira RM30 juta melalui inisiatif program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (Sulung).

Beliau berkata pengecualian tersebut akan ditawarkan di semua universiti awam.

“Semoga dengan inisiatif ini, wakil pertama dari keluarga B40 yang berjaya memasuki institusi pengajian tinggi (IPT) akan dapat mengikuti pengajian tinggi dengan selesa, tenang dan berprestasi tinggi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Penutupan Program Jom Masuk U 2023 di Universiti Malaya pada hari ini.

Khaled turut menyatakan inisiatif itu dibuat berikutan pelajar daripada golongan B40 mendapat gred yang baik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), yang tidak berpeluang untuk meneruskan pengajian kerana masalah kewangan.

Tambah Khaled, pihaknya kesal dengan perkara tersebut dan bertekad untuk memastikan tragedi seumpama itu tidak berulang pada masa hadapan.

“Justeru, inisiatif KPT dalam memastikan wakil pertama daripada keluarga B40 yang berjaya memasuki IPT menerima bantuan dan sokongan yang selayaknya.

“Inisiatif khas ini dikenali sebagai Program Pembangunan Siswa Sulung atau ringkasnya Sulung dan telah dimulakan pada tahun lalu.

“Program Sulung ini mensasarkan wakil pertama daripada keluarga B40 yang berjaya diterima masuk ke universiti. Mereka yang dikenal pasti ini akan dikecualikan sepenuhnya bayaran yuran pengajian,” jelasnya.

Walau bagaimanapun, bagi kos sara hidup para pelajar perlu menyediakan kewangan sendiri.

Ini kerana program tersebut hanya menanggung yuran pengajian sahaja, jelas Khaled.

BACA: Program ‘SULUNG’ KPT Akan Diperluas Ke Semua Universiti Awam Tahun Hadapan

KBS laksana kelas renang untuk kanak-kanak golongan B40

Beberapa bulan lalu, media melaporkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan melaksanakan program kelas renang yang bersifat pendidikan sukan di beberapa negeri terpilih dalam usaha memastikan kemahiran renang dapat diterapkan dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya kanak-kanak.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata program itu dijangka dilancarkan bulan ini yang akan memberi faedah kepada 1,600 kanak-kanak berumur antara tiga hingga 12 tahun yang terdiri dalam kalangan keluarga B40.

Sumber: Sinar Harian

The post 10,000 Pelajar B40 Dapat Pengecualian Bayar Yuran Pengajian – Khaled Nordin appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*