Malaysia Cipta Rekod Dunia, 685 Spider-Man ‘Bersarang’ Di AEON Bukit Tinggi

Malaysia Spiderman rekod dunia

Malaysia Cipta Rekod Dunia, 685 Spider-Man ‘Bersarang’ Di AEON Bukit Tinggi

KLANG — Malaysia mencipta rekod dunia apabila berjaya mengumpulkan “Cosplayer” Spider-Man terbanyak di dunia di pasar raya AEON Bukit Tinggi.

Cipta Rekod Dunia, Malaysia Jadi “Sarang” Spider-Man 

Bertempat di pasar raya tersebut, seramai 685 orang pemakai kostum watak adiwira Avengers tersebut dilaporkan hadir. Jumlah itu menobatkan Malaysia sebagai pemegang Rekod Dunia Guinness sebagai ‘pengumpul Spider-Man terbanyak.

Perkara itu turut diumumkan oleh Pasar Raya AEON Bukit Tinggi dalam satu hantaran di Facebook.

Malaysia Spiderman rekod dunia
Gambar: Facebook AEON Mall
Gambar: Facebook AEON Mall

“Ya! Kami berjaya lakukan, Semua!.

“Rekod Guinness Dunia: Perhimpunan Terbesar dalam kostum Spider-Man (AEON MALL x SONY PICTURES).

“685 peserta!,” maklum kenyataan tersebut.

Malaysia Spiderman rekod dunia
Gambar: Facebook AEON Mall

Difahamkan, kira-kira lebib 1,000 pengunjung hadir ke AEON MALL Bukit Tinggi bagi menyaksikan dan meraikannya.

BACA JUGA: GSC Umum Tayangan Spiderman: Across The Spider-Verse Versi Bahasa Tamil

Pihak pengurusan pasar raya tersebut turut menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian yang berjaya dicapai itu.

Gambar: Facebook AEON Mall

“Terima kasih semua kerana menjayakan program ini. Ia sungguh meriah, sangat menyeronokkan dan kami sangat berbangga kerana dapat mengumpulkan semua orang di Malaysia untuk memecahkan rekod dunia,” maklum kenyataan tersebut.

Kempen Spider-Man

Untuk makluman, kempen yang bertemakan “Spider-Man Across the Spider-Verse” telah berlangsung dari 5 Mei lalu dan tamat pada 30 Jun 2023.

Malaysia Spiderman rekod dunia
Gambar: Facebook AEON Mall

Pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan di sana dan hanya mempunyai empat lokasi pasar raya AEON terpilih sahaja sepanjang kempen ini berlangsung.

Empat pasar raya AEON yang terpilih termasuklah AEON MALL Bukit Tinggi, AEON MALL Bukit Indah, AEON MALL Stesen Ipoh dan AEON MALL Seri Manjung.

GSC Umum Tayangan Spider-Man Dalam Bahasa Tamil

Kurang seminggu lalu, Golden Screen Cinemes (GSC) mengumumkan bahawa pihaknya tayangan filem animasi SpiderMan: Across the Spider-Verse (2023) terdapat dalam versi bahasa Tamil.

Walau bagaimanapun, tayangan tersebut hanya ditayangkan dalam tempoh dan lokasi yang terhad sahaja.

Difahamkan, antara lokasi yang dipilih untuk tayangan filem SpiderMan: Across the Spider-Verse (2023) veris Tamil ialah, GSC NU Sentral, GSC Quill City Mall dan GSC Summit USJ.

“Pembelian tiket akan dibuka tidak lama lagi. Jumpa lagi kawan-kawan!,” maklum GSC

Sumber: Facebook AEON Mall 

The post Malaysia Cipta Rekod Dunia, 685 Spider-Man ‘Bersarang’ Di AEON Bukit Tinggi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*