Ganjaran RM20K Menanti Pemberi Maklumat Kes Bunuh Zayn Rayyan

ganjaran kes zayn rayyan

Ganjaran RM20K Menanti Pemberi Maklumat Kes Bunuh Zayn Rayyan

SHAH ALAM — Ganjaran sebanyak RM20,000 ditawarkan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Selangor kepada mana-mana individu yang memberikan maklumat sehingga pelaku berjaya ditangkap, lapor Sinar Harian.

Menurut Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri A Thaiveegan, ia adalah salah satu alternatif bagi pembunuh terlibat dihadapkan ke mahkamah.

“MCPF bersedia tawar ganjaran kepada mana-mana individu berkaitan kes pembunuhan Zyan Rayyan sehingga suspek ini dituduh dengan jayanya.

“Ganjaran ini akan diberikan menerusi Polis Selangor dan kita telah mendapat persetujuan daripada Pengerusi MCPF berkaitan tawaran ganjaran ini,” jelasnya.

Thaiveegan berkata demikian sewaktu menghadiri sidang akhbar Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam hari ini.

Dalam siasatan yang dilakukan oleh pihak polis berhubung kes tersebut, beliau membeeritahu ia bukan satu perkara yang mudah.

“Saya sedia maklum akan pelbagai komen daripada orang awam berkaitan kes ini, bagi saya polis melakukan sedaya upaya dan berikan komitmen tinggi dalam usaha menjejaki suspek.

“Jadi dengan ganjaran ini diharapkan supaya ia dapat membantu dalam memastikan kes ini dapat diselesaikan,” maklumnya.

Dalam pada itu, segala sudut dan aspek berhubung kes pembunuhan Zayn Rayyan sedang disiasat.

Perkara itu diberitahu oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan

BACA: Kes Zayn Rayyan: Usaha Kumpul Bahan Bukti Diteruskan, Saksi Buat Lakonan Semula Hari Ini

“Dalam kes ini, sebanyak 1,913 unit rumah diperiksa, 5,786 individu diambil keterangan, tangkapan melibatkan 17 individu selain rakaman percakapan melibatkan 243 individu.

“Selain itu, semakan turut melibatkan 15 rakaman kamera litar tertutup (CCTV), pemeriksaan sebanyak 216 kenderaan, 262 sampel asid deoksiribonukleik (DNA), penggunaan lapan ekor anjing unit K-9 dan bantuan agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Perhutanan,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, beliau memaklumkan sehingga kini, siasatan yang dilakukan tidak membawa kepada mana-mana individu yang disyaki terlibat susulan tiada bukti kukuh.

“Pelbagai aspek siasatan kita telah jalankan namun belum temui sebarang keterangan fizikal atau verbal yang boleh membawa kepada individu terlibat.

“Siasatan dijalankan lebih dua bulan berkaitan kes ini dan apa saya boleh katakan, polis tidak pernah berputus asa, sentiasa kita sentiasa teruskan,” jelasnya lagi.

Disember tahun lalu, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang dilaporkan hilang ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam Disember lalu.

Dalam operasi mencari, mangsa disyaki dibunuh itu telah ditemukan oleh kumpulan penduduk. Difahamkan, mangsa ditemukan sekitar 200 meter dari blok kediamannya.

The post Ganjaran RM20K Menanti Pemberi Maklumat Kes Bunuh Zayn Rayyan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*