14 Tahun Menyorok Dalam Gua, Suspek Rompakan RM100 Di Stesen Minyak Akhirnya Serah Diri

14 tahun dalam gua

14 Tahun Menyorok Dalam Gua, Suspek Rompakan RM100 Di Stesen Minyak Akhirnya Serah Diri

Seorang lelaki di China yang melakukan rompakan di stesen minyak pada tahun 2009 dengan membawa lari 156 yuan (RM100) didapati menghabiskan 14 tahun hidupnya dengan bersembunyi daripada polis di dalam sebuah gua di bukit yang terpencil.

Memetik Oddity Central, lelaki berusia pertengahan 30-an itu berasal dari sebuah kampung Enshi City, wilayah Hubei China.

Dia dilaporkan telah melakukan rompakan tersebut bersama abang iparnya dan seorang lagi rakan subahat.

Hasil rompakan, mereka berjaya memperoleh sebanyak 156 yuan (RM100) setiap sorang dan sebanyak 60 peratus daripadanya dibelanjakan untuk makanan dan bunga api.

Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

Baki yang hanya tinggal bersama mereka selepas dibelanjakan adalah sebanyak 32 yuan (RM20) setiap seorang. Ketiga-tiga lelaki tersebut itu kemudiannya berpisah, namun tidak lama kemudian polis telah berjaya menemui dan menahan rakan jenayahnya.

Suspek yang tahu berkenaan penahanan rakannya itu telah memutuskan untuk bersembunyi daripada menjadi tahanan dan dipenjarakan.

Penjenayah itu kemudiannya menghabiskan 14 tahun dari hidupnya dengan bersembunyi di penjara yang dibuatnya sendiri.

Kredit Oddity Central

Perompak yang melarikan diri itu menghabiskan masa bersembunyi di dalam hutan sementara polis menggeledah rumah serta menyoal keluarganya.

Lelaki itu dikatakan telah memburu dan mencari makanan sendiri dan adakalanya pulang ke kampung asalnya untuk mencuri barangan seperti kentang dan daging.

Malah dia juga dilaporkan sempat berjumpa dengan ibu bapanya selama beberapa minit.

Selain itu, penjenayah itu juga hanya pulang ke rumah semasa perayaan besar kerana pada waktu tersebut orang ramai kebanyakannya akan berada di dataran utama.

Walaupun begitu, kelicikan lelaki itu masih dapat dikesan oleh beberapa orang saksi dan polis juga sentiasa dapat menghidu kehadirannya.

Isteri dan ibu bapanya dilaporkan telah berkali-kali meminta lelaki tersebut untuk menyerah diri, namun dia menolak cadangan daripada keluarganya itu.

Namun akhirnya dia menyedari bahawa dia telah mengurung dirinya daripada orang yang dia sayangi selama 14 tahun pelariannya.

Pada bulan lalu, lelaki itu akhirnya memutuskan untuk menyerah diri kepada pihak berkuasa.

“Saya berusia lebih 50 tahun, isteri saya tidak sihat dan saya mempunyai cucu yang sangat cantik. Saya juga mahu hidup normal!” kata lelaki itu.

Lelaki itu kemudiannya menunjukkan kepada pihak berkuasa lokasi persembunyiannya yang dia panggil rumah selama 14 tahun yang lalu.

Lokasi gua itu terletak jauh ke dalam kawasan pergunungan berhutan, kira-kira 10 kilometer dari penempatan manusia.

Walaupun sudah berbelas tahun lelaki tersebut hidup diburu dan terasing, dia tetap tidak akan lepas dari dikenakan hukuman untuk jenayah yang dilakukannya.

Lelaki tersebut dilaporkan bakal dikenakan hukuman penjara sekurang-kurangnya tiga tahun.

Namun, fakta kes bahawa dia membawa senjata sewaktu melakukan rompakan itu menyebabkan dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun.

Walaupun hasil rompakan yang diambil hanya sedikit, jenayah merompak masih dianggap sebagai kesalahan jenayah yang sangat serius di China.

Sumber: Oddity Central

The post 14 Tahun Menyorok Dalam Gua, Suspek Rompakan RM100 Di Stesen Minyak Akhirnya Serah Diri appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*