Nabila Razali Kini Sah Bergelar Isteri Kepada Nik Iruwan

Nabila Razali bergelar isteri

Nabila Razali Kini Sah Bergelar Isteri Kepada Nik Iruwan

Penyanyi dan pelakon Nabila Razali, 31, dilaporkan sah bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan, Nik Iruwan, 38, dengan sekali lafaz, lapor Astro Gempak.

Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali telah dinikahkan oleh Tok Kadi, Ustaz Fawwaz Zarin Che Lah dari Masjid Genting Highlands pada pukul 10.11 pagi tadi.

Majlis pernikahan pasangan sama cantik, sama padan itu telah berlangsung di The Chateau Spa & Wellneas Resort, Pahang.

Dalam majlis bertemakan English Garden itu, Nabila telah menerima mas kahwin sebanyak RM22.50, manakala wang hantaran pula tidak didedahkan.

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi majlis pernikahan berjalan dengan lancar.

“Terima kasih kepada tetamu dan ahli keluarga yang turut menjayakan majlis ini. Dan tidak lupa kepada peminat di atas doa dan sokongan yang diberikan kepada Bella dan suami,” kata Nabila.

Kemeriahan majlis yang dijayakan oleh Terusik Event berlangsung dengan sederhana dan dihadiri kira-kira 250 orang tetamu sahaja.

Difahamkan, tetamu terdiri daripada ahli keluarga, rakan terdekat, rakan selebriti dan juga pihak media.

Selain itu, majlis juga turut dihadiri oleh tetamu VIP dan rakan-rakan perniagaan pengantin.

Antara rakan selebriti yang hadir adalah seperti Hawa Rizwana, Amira Othman, Wany Hasrita, Ara Johari, Sissy Iman, Hael Husaini dan ramai lagi.

Pasangan pengantin baru itu akan diraikan dalam satu majlis resepsi bertemakan Garden party formal pada sebelah petang ini di tempat yang sama.

BACA: Lain Dari Lain, Chef Ni Buat Drama Pendek Untuk Kongsi Resipi, Jalan Cerita ‘Plot Twist’ Habis

Sumber: Astro Gempak

The post Nabila Razali Kini Sah Bergelar Isteri Kepada Nik Iruwan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*