15 maut bas terbalik di Mexico

MEXICO CITY: Sekurang-kurangnya 15 penumpang maut selepas sebuah bas membawa mereka terbalik sebelum terbabas di barat Mexico semalam.

Menurut pihak berkuasa dalam satu kenyataan, mangsa yang merupakan pelancong,  dalam perjalanan pulang ke bandar Leon di tengah negeri Guanajuato, apabila kemalangan berlaku di negeri Nayarit.

“Setakat ini, 15 mangsa dilaporkan maut selain lebih 12 cedera,” jelas kenyataan itu.

Imej yang dikongsi pihak berkuasa menunjukkan bas itu yang dilaporkan membawa 48 penumpang terbalik di tepi jalan.

Pihak berkuasa masih menyiasat punca kemalangan ngeri itu.-AFP

The post 15 maut bas terbalik di Mexico appeared first on Utusan Malaysia.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*