2 Tahun Sakit Teruk, 60 Objek Asing Ditemui Dalam Perut

60 objek asing ditemui dalam perut

2 Tahun Sakit Teruk, 60 Objek Asing Ditemui Dalam Perut

Seorang lelaki yang mengalami sakit perut selama dua tahun mengejutkan doktor selepas didapati gemar memakan objek asing, lapor New York Post.

Pesakit yang berusia 35 tahun itu telah pergi ke hospital untuk menjalani pemeriksaan ke atas perutnya yang sakit teruk dan demam panas.

Pakar perubatan mengimbas kawasan perut yang bermasalah dan penemuan mengejutkan telah ditemui.

“Ketika menjalankan X-ray, kami menemui loket, rantai, kacang, fon telinga dan banyak objek lain di dalam perutnya,” kata Ajmer Singh Kalra, Pengarah Hospital Moga Medicity di Moga Punjab, India.

Doktor mendiagnosis lelaki itu dengan penyakit pica, di mana ia melibatkan keadaan kesihatan mental penghidap.

Penyakit itu kebiasaannya terjadi kepada kanak-kanak kecil, wanita hamil dan orang yang mengalami masalah gangguan psikiatri.

Antara gangguan psikatri yang sering dikaitkan dengan penyakit ini seperti autisme, gangguan spektrum, ketidakupayaan intelek dan skizofrenia.

Kaum keluarga pesakit lelaki itu dikatakan tidak menyedari berkenaan penyakitnya

Menurut laporan itu lagi, kaum keluarga dan saudara-mara lelaki tersebut dikatakan tidak menyedari tentang masalah yang dihadapi olehnya.

Difahamkan, perbuatan memakan objek asing yang tidak boleh dihadam membahayakan kesihatan seseorang.

“Memandangkan dia telah makan objek tajam, terdapat luka parah di perutnya,” kata Kalra yang memutuskan untuk melakukan pembedahan ke atas pesakit tersebut.

Pesakit itu kemudiannya telah menjalani pembedahan selama tiga jam yang diketuai oleh pakar bedah Anup Handa dan pakar gastroenterologi, Vishavnoor Kalra.

Walaupun pembedahan itu dilaporkan telah berjaya, pesakit bagaimanapun masih berada dalam keadaan yang kritikal.

“Dia masih menggunakan ventilator dan masih kritikal,” kata Kalra lagi.

BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin

Dalam kejadian berasingan di London, seorang wanita dikatakan telah membelanjakan lebih USD3,800 untuk memuskan keinginan peliknya.

Wanita itu dikatakan membelanjakan wang tersebut untuk membeli tanah liat itu lalu memakannya.

Kejadian itu dikatakan berlaku selepas dia didapati hamil anak lelakinya pada tahun 2013 yang lalu.

Sumber: New York Post

The post 2 Tahun Sakit Teruk, 60 Objek Asing Ditemui Dalam Perut appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*