Remaja OKU Dilapor Hilang Di Meru Ditemui Di Rumah Rakan

Remaja oku hilang meru

Remaja OKU Dilapor Hilang Di Meru Ditemui Di Rumah Rakan

Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang dari kediaman mereka di Meru pada minggu lalu telah ditemui di kediaman salah seorang rakannya di Hutan Melintang Perak, hari ini, lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, laporan berkenaan kehilangan remaja tersebut telah diterima polis pada 3.57 petang, Sabtu lalu.

Menurut S Vijaya, siasatan awal juga mendapati remaja tersebut pada sebelum ini didapati telah cuba untuk melarikan diri dari rumah sebanyak tiga kali.

Remaja terbabit juga dilaporkan merupakan pemegang kad orang kurang upaya (OKU).

“Hasil maklumat awam, mangsa telah dijumpai oleh keluarganya di rumah rakannya di Hutan Melintang, Perak pada tengah hari tadi (Selasa) dalam keadaan baik dan sihat.

“Bagaimanapun, pihak polis akan membuat pemeriksaan terhadap mangsa di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang. Pemeriksaan sekiranya terdapat perbuatan jenayah,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Semalam, media tempatan melaporkan bahawa seorang remaja perempuan di Meru telah hilang kira-kira jam 5 pagi.

Kehilangannya dilaporkan berlaku pada 28 April yang lalu yang disedari oleh ibunya.

Remaja yang lebih mesra disapa Yana dipercayai telah keluar dari rumah dalam keadaan sehelai sepinggang dengan hanya membawa telefon bimbit miliknya.

BACA: Hilang 14 Bulan, Lelaki Temui Tengkorak Dan Tulang Belakang Warga Emas

Terdahulu, selepas 16 tahun dilaporkan hilang, mayat seorang lelaki ditemui di dalam sebuah kenderaan di Palm Harbor.

Memetik UNILAD, mangsa yang dipercayai dikenali sebagai Robert Helphrey kali terakhir dilihat pada 2006 bersama kenderaan jenis Mitsubishi miliknya.

Difahamkan, kenderaan SUV itu ditemukan oleh Pasukan Pencarian Sonar Negeri Sunshine dan Recon Dive Recovery di dalam kolam.

Kronologi Kehilangan Robert Helphrey

Menurut jurucakap Pejabat Syerif Daerah Pinellas, lelaki berkenaan dilaporkan keluar dari Peggy O’Neill’s Bar di Palm Harbor pada tengah malam 22 Mei 2006.

Mangsa yang juga merupakan seorang pekerja di restoran Thirsty Marlin gagal dikesan sejak hari berkenaan.

Rakan karib Helphrey, Brian St. Arnold berkata, mangsa dilaporkan hilang pada hari dia bekerja.

“Pada jam 6.18 pagi, kami menerima panggilan berhubung kejadian. Isteri saya yang menjawab panggilan itu kemudiannya memberitahu saya,” katanya kepada Fox 13.

Tambah Arnold, dia gembira dengan penemuan mayat kawan baiknya itu yang telah menjadi misteri selama belasan tahun.

“Selepas bertahun-tahun, saya gembira kerana akhirnya mengetahui perkara sebenar tentang apa yang berlaku kepadanya pada hari itu,” ujarnya lagi.

Sumber: Sinar Harian

The post Remaja OKU Dilapor Hilang Di Meru Ditemui Di Rumah Rakan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*