Undang Tarikan, Pelakon Thai Dahulukan Solat Sebelum Teruskan Pelancaran Filem

pelakon thai solat

Undang Tarikan, Pelakon Thai Dahulukan Solat Sebelum Teruskan Pelancaran Filem

Baru-baru ini, tular satu rakaman memaparkan pihak produksi Thailand menghentikan seketika pelancaran filem seram, Khong Kaek bagi memberi ruang pelakon muslim yang terlibat menunaikan solat fardhu.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @wanyoshiki, ia menunjukkan pelakon Thailand yang beragama Islam sedang mendirikan solat fardhu berjemaah berdekatan pentas dengan beralaskan karpet hitam.

Seorang lelaki yang dilihat mengetuai solat tersebut mengalunkan bacaan surah An-Nasr dengan merdu sekali sehingga ia menjadi sorotan pada malam itu.

Terdapat beberapa orang Islam yang turut menyertai solat jemaah itu selain orang ramai yang menghadiri pelancaran itu tunggu di bahagian tepi pentas.

Kredit: @wanyoshiki/TikTok

Para peminat yang berada di situ menunggu sehingga para pelakon selesai solat untuk menonton pelancaran filem tersebut.

Setelah solat jemaah itu selesai, pelancaran filem itu kemudiannya disambung dengan pihak produksi yang menambah gimik berkaitannya.

BACA: Hebat, Penangan ‘Solat Subuh Challenge’, Jemaah Penuh Macam Solat Jumaat

Peminat tak henti puji

Perkara tersebut telah menarik perhatian warga maya, kerana tindakan produksi dan pelakon Thailand itu menghormati seruan Allah S.W.T dengan mendahulukan solat sebelum meneruskan ‘urusan dunia’.

Rata-rata warga maya yang meninggalkan komen tidak henti memuji mereka yang terlibat dan berharap supaya orang ramai turut melakukan perkara yang sama, iaitu mendahulukan akhirat sebelum duniawi.

“Solatlah bila sampai masanya, Allah amat rindui kita masuk menghadap Dia,” komen salah seorang warga maya.

“Alhamdulilah… seimbang urusan dunia dan akhirat,” ujar netizen.

“Kerja, kerja juga. Artis, artis juga. Bagus juga artis Thailand ini, dia bagi contoh yang positif dan baik pada peminat,” kata warga maya.

Pelancaran filem seram Islamik Thailand berjudul Khong Kaek yang bermaksud Tetamu mengisahkan tentang sebuah keluarga bernama Win berhadapan rahsia gelap dunia jin.

Filem tersebut dibintangi pelakon terkenal iaitu Akara Amarttayakul, Marika Paekiatchalorn dan Amena Pinit.

Difahamkan juga, filem arahan Kriangkrai Monvichit tersebut telah mula ditayangkan di Thailand pada 27 September lalu.

@wanyoshiki

♬ bunyi asal – Wan Yoshiki – Wan Yoshiki

Sumber: @wanyoshiki/TikTok

The post Undang Tarikan, Pelakon Thai Dahulukan Solat Sebelum Teruskan Pelancaran Filem appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*