HABIB Pecah Tanah Untuk Pembangunan Flagship Store Di Jalan Bunus

HABIB Pecah Tanah Untuk Pembangunan Flagship Store Di Jalan Bunus

Kuala Lumpur, 5 Februari 2024 – HABIB, jenama barangan kemas Malaysia, melakar detik sejarah hari ini dengan majlis pecah tanah untuk pembangunan Flagship Store yang dinanti-nantikan di ibu kota Kuala Lumpur.

Acara tersebut disempurnakan oleh tetamu kehormat, Yang Berhormat Dr. Zaliha binti Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), diiringi Yang Berbahagia Datuk Sr. Haji Kamarulzaman Mat Salleh, Datuk Bandar Kuala Lumpur; Dato’ Sri Meer Habib, Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB dan Datin Sri Zarida Noordin, Pengarah Eksekutif Kumpulan HABIB; berlangsung di tapak pembangunan Flagship Store HABIB, yang akan dibina sebagai bukti komitmen HABIB terhadap komuniti di Masjid India.

Sejak pembukaan bilik pameran yang pertama di Semua House, Kuala Lumpur pada 1986, HABIB sangat sinonim dengan kepakaran dan keindahan ketukangan serta rekaan barangan kemas yang berkualiti, dan selari dengan peredaran zaman.

Masjid India telah memainkan peranan penting dalam sejarah jenama ini, dan majlis pecah tanah ini turut dimeriahkan dengan kehadiran tetamu-tetamu jemputan dan rakan-rakan media, untuk menyaksikan permulaan lembaran baharu dalam legasi HABIB.

Dijangka selesai pada tahun 2025, Flagship Store HABIB ini akan mengetengahkan kekayaan warisan HABIB di sekitar Masjid India yang kian membangun. Projek pembangunan semula ini menandakan pelaburan yang bermakna kepada komuniti yang sentiasa memberi sokongan terhadap HABIB selama ini.

Flagship Store HABIB divisualisasikan sebagai pusat peruncitan kreatif, dinamik dan inovatif untuk Kumpulan HABIB. Dengan keluasan 42,800 kaki persegi dan ketinggian tujuh tingkat, bangunan ini akan menempatkan bukan sahaja ruangan perniagaan, tetapi ruangan pejabat dan ruangan acara.

Pendekatan komprehensif ini bertujuan untuk mewujudkan destinasi holistik yang merangkumi peruncitan konvensional, dan memberikan pengunjung pengalaman yang unik dan luar biasa.

Dengan rekaan kontemporari dan ikonik, Flagship Store HABIB ini bukan sahaja akan berdiri sebagai destinasi pilihan, malah akan menjadi pintu gerbang baharu di Masjid India.

Tampil dengan sesuatu yang lari daripada kebiasaan, fasad yang ditempah istimewa seperti permata yang direka dengan teliti untuk mencerminkan ketukangan dan inovasi terbaik, menandakan dedikasi HABIB yang tidak berbelah bahagi terhadap kecemerlangan, bukan sahaja pada barangan kemas tetapi seni binaan juga.

“Dengan adanya majlis pecah tanah pada hari ini, kami memulakan lembaran baharu untuk menghidupkan semula kawasan Masjid India serta meraikan ikatan teguh antara HABIB dan komuniti disini.

“Flagship Store HABIB ini bukan sahaja akan menjadi destinasi utama barangan kemas yang mewah, tetapi ini juga membuktikan komitmen kami terhadap pemulihan budaya dan ekonomi kawasan bersejarah ini,” ujar Dato’ Sri Meer Habib pada majlis tersebut.

HABIB menantikan Flagship Store HABIB ini siap dibina, dengan berharap ia bukan sahaja membawa nama jenama malah turut menyumbang secara signifikan ke arah pembangunan Masjid India sebagai destinasi yang hidup dan kaya dengan budaya.

Flagship Store HABIB berada di No 127, Jalan Bunus (Jalan Palestin), 50100 Kuala Lumpur.

Layari laman sesawang HABIB di www.habibjewels.com dan ikuti media sosial rasmi di Instagram (@habibjewelsofficial), Facebook dan LinkedIn (@HABIB) untuk maklumat terkini.

The post HABIB Pecah Tanah Untuk Pembangunan Flagship Store Di Jalan Bunus appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*