Tergantung Di Lereng Bukit, Ini Kedai Runcit Paling ‘Menyusahkan’ Di China

Tergantung Di Lereng Bukit, Ini Kedai Runcit Paling ‘Menyusahkan’ Di China

Sebuah rumah kayu yang kecil bertenggek di tebing yang curam di wilayah selatan China yang indah telah digelarkan sebagai “kedai runcit paling menyusahkan” di negara ini.

Menurut China Daily, difahamkan kedai tergantung 120 meter (394 kaki) dari tanah bersaiz dua meter persegi itu memberi minuman kepada pendaki di Kawasan Pemandangan Shiniuzhai.

Shiniuzhai dikenali dengan landskapnya yang berbukit yang memberikan pemandangan yang indah kepada orang ramai.

Ia juga mempunyai pelbagai aktiviti berasaskan gunung yang menarik. Ia juga merupakan tempat di mana letaknya jambatan kaca pertama China, iaitu Haohan Qiao.

Haohan Qiao juga dikenali sebagai Brave Men’s Bridge dan ia dibuka pada tahun 2015.

Nama Shiniuzhai atau Stone Ox Village diinspirasikan dari salah satu bukit itu yang kelihatan seperti belakang seekor lembu.

Kedai runcit itu terletak kira-kira 800 meter melalui laluan ferrata. Laluan ferrata ialah bahasa Itali untuk “jalan besi”.

Ia merupakan laluan di sepanjang gunung yang menggunakan penambat logam dan struktur lain yang boleh diikat oleh pendaki semasa mereka menaiki dan merentasi rupa bumi yang mencabar.

Kedai itu menjadi bahan bualan apabila ia dibuka pada tahun 2018 setelah setahun pembinaan.

Ia mendapat perhatian semula pada bulan ini mengikuti laporan media negara yang menarik perhatian pengguna media sosial di China.

Kedai Runcit Paling Menyusahkan

“Kedai runcit paling menyusahkan,” kata seorang blogger tentera yang terkenal yang mempunyai lebih daripada 889,400 peminat di platform sosial China, Weibo minggu lepas.

Seorang lagi pengguna platform itu berseloroh, “Ia amat membebankan pekerja di situ,”

“Perjalanan untuk sampai ke puncak mengambil masa kira-kira 90 minit dan setiap pendaki boleh mendapat sebotol air percuma dari kedai itu,” kata Song Huizhou, Pengurus Besar Shiniuzhai kepada China Daily.

Tambahnya lagi, para pekerja bertanggungjawab untuk mengangkut bekalan ke kedai itu pada setiap hari.

Seorang pekerja yang tidak dinamakan memberitahu Beijing Youth Daily bahawa pekerja akan membawa berdozen-dozen botol air ke atas bukit itu di dalam beg mereka setiap hari.

Setiap botol dijual dengan harga 5 ke 7 yuan, bersamaan dengan RM3.20 dan RM4.49.

Pekerja-pekerja juga akan memberikan kek bulan percuma dalam kotak kecil berwarna merah kepada pendaki.

Ia dilakukan ketika negara itu menyambut perayaan Pertengahan Musim Luruh bulan lalu, menurut video yang tersebar di media sosial China.

Hunan, ‘wilayah terkurung daratan’ dengan 64 juta penduduk, juga menempatkan Taman Hutan Negara Zhangjiajie.

Ia terkenal dengan formasi kars yang menjulang tinggi seperti tiang yang dipercayai telah memberi inspirasi kepada landskap dunia lain dalam filem hit “Avatar” pengarah Kanada James Cameron pada 2009.

Sumber: CNN

BACA JUGA:

The post Tergantung Di Lereng Bukit, Ini Kedai Runcit Paling ‘Menyusahkan’ Di China appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*